CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Berpisah Sudah?


Betul Ke Pelakon Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Sudah Berpisah?

Belum lagi, cuma bunga-bunga untuk berpisah itu kuat diantara Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah mengikat cinta selama lima tahun, hubungan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia bukanlah satu rahsia lagi, malah kebelakangan ini banyak cerita mengenai mereka berdua bermain diruangan-ruangan gosip, ada yang mengatakan mereka sudah berpisah dan ada juga khabar-khabar yang mengatakan Fizz Fairuz sudah pandai bermain kayu tiga terhadap Almy Nadia.

Walaupun cuba didedahkan oleh pelbagai pihak, Fizz Fairuz dan Almy Nadia belum pernah mengistiharkan sebarang perkembangan baru dalam hubungan cinta yang terjalin itu.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia tidak mengaku sudah berpisah, dan tidak mengesahkan sedang dalam perancangan untuk berkahwin, hubungan mereka berdua hanya berada ditakuk yang sama sejak seperti mana dahulu.

Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Dua Bulan Tidak Bertemu

Namun kenyataan Almy Nadia dalam satu portal hiburan yang enggan menjawab persoalan tentang hubungan ini dan meminta agar Fizz Fairuz yang menjelaskan tentang hubungan mereka seolah-olah memperlihatkan seakan dia 'digantung tidak bertali' oleh Fizz Fairuz.

Bertanya Fizz Fairuz tentang perkara itu, dia mengaku sudah dua bulan tidak bertemu Almy Nadia.

Gambar Fizz Fairuz dan Almy Nadia Berpisah
 Gambar Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Akan Berpisah?

"Dah dua bulan kami tidak berjumpa, sebulan yang lepas saya sakit mata, jadi saya tak boleh jumpa dia sebab Almy Nadia jenis yang mudah berjangkit, saya tak mahulah dia berjangkit dengan saya dan bulan ini pula saya sibuk dengan penggambaran filem.

"Tak berjumpa tak bermakna kami tidak berhubung, saya tahu jadualnya dan begitu juga sebaliknya. Kami masih seperti dahulu, kalau ada gosip tu biasalah, saya ni jenis nakal-nakal lelaki jadi tak salahkan kalau saya nakal sedikit.

Gambar Fizz Fairuz dan Nur Fathia
Gambar Fizz Fairuz Dan Nur Fathia Dalam Drama Stanza Cinta

"Bukan saya takut untuk berkahwin, tapi serunya masih belum sampai lagi. Bagi saya, tak ada masalah sama ada berkahwin ataupun tidak, jika rezeki itu ada untuk saya ia tetap datang walaupun saya sudah berkahwin nanti,"jelas Fizz Fairuz.

Di sisi kerjaya, Fizz Fairuz kini akan keluar dengan filem terbarunya, King Kaphai dan drama, Stanza Cinta, Fizz Fairuz masih membawakan watak sebagai ustaz muda dalam kedua naskah lakonan itu.

"Stanza Cinta merupakan lakonan terakhir saya yang membawakan watak ustaz, saya tak mahu lagi bawa watak ini sebab saya tidak mahu ia kelihatan terlalu streo type.

"Saya mahukan kelainan dan kalau boleh saya mahu cuba watak gangster," luahnya. -ManggaOnline.

Tengok Video Youtube Fizz Fairuz Artis Lakonan Ustaz Pakai Subang Telinga





Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Yalah Fizz Fairuz ni memang nakal banyak, kesian Almy Nadia tu. Cuba kalau Almy Nadia nakal pulak macam mana? Mau tidak melenting si Fizz Fairuz ni. Kalau dah mampu tu kahwin nikah jalah Fizz Fairuz dan Almy Nadia, jangan biar orang mengata gosip kontroversi tentang pasangan yang lama bercinta ni. Harap-harap berita gosip Fizz Fairuz dan Almy Nadia berpisah sudah ini tidak menjadi kenyataan ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Berpisah Sudah? By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...