CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gambar Anak Kembar Sazzy Falak & Nazril Idrus


 Gambar Majlis Cukur Jambul Anak Kembar Sazzy Falak & Nazril Idrus.

Selepas mengadakan majlis Aqiqah buat anak kembar sulungnya, seminggu selepas kelahiran mereka, pengacara serta pelakon terkenal, Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus mengadakan pula majlis cukur jambul buat bayi perempuan kembar mereka, Imaan Lily dan Tiara Rose, petang semalam.

Majlis cukur jambul Imaan Lily dan Tiara Rose yang berlangsung di rumah keluarga Sazzy Falak itu dihadiri oleh ahli keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan terdekat. Ketika ditemui pada majlis cukur jambul Imaan Lily dan Tiara Rose tersebut, Sazzy Falak dan Nazril Idrus berkongsi mengenai pengalaman mereka bergelar ibu dan bapa.

“Alhamdulillah, setakat ini bagus. Menjadi ibu merupakan satu pengalaman yang menakjubkan. Sazzy sangat terharu dan masih tak percaya sudah bergelar ibu. Orang selalu cakap jika jaga anak kembar susah, sebenarnya tidak jika pandai menguruskan mereka dengan teratur.

Gambar Anak Kembar Sazzy Falak Nazril Idrus
 Gambar Sazzy Falak Bersama Suaminya Nazril Idrus Dukung Anak Kembar Mereka Imaan Lily dan Tiara Rose

“Tidak ada sebarang kesukaran kerana Sazzy Falak turut melalui perkara sama yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang lain juga, iaitu bayi menangis kerana lapar, angin ataupun nak tukar lampin. Bagi Sazzy Falak, itu perkara normal.

“Cuma cabaran dia lain sikit sebab ada dua orang. Keadaan memang kecoh, namun bagi Sazzy Falak, bila jaga anak seorang pun kecoh juga. Kadang-kadang pening juga sikit jaga mereka, namun mereka anak yang baik,” ujar Sazzy Falak yang berpantang di rumah ibu bapanya.

“Walaupun hidup saya moden, saya masih percaya pada cara amalan tradisonal. Saya tetap berpantang cara tradisional kerana ia memang terbukti cara yang terbaik. Alhamdulillah. Masa saya mengandung badan saya tak naiklah sangat.”

Picture Twin Baby Sazzy Falak Nazril Idrus
 Gambar Anak Sazzy Falak & Nazril Idrus (Imaan Lily dan Tiara Rose)

Berbicara mengenai puteri sulung mereka, Sazzy Falak memberitahu dia masih 100% memberi susu badan kepada anak kembarnya. Mengenai perbezaan, dia dan Nazril Idrus tidak mempunyai masalah untuk membezakan anak kembar mereka.

“Tak ada masalah kerana mereka kembar tak seiras. Lagipun, kakak yang sulung, Imaan lebih kecil dari adiknya, Tiara. Mereka berbeza dari segi saiz. Walaupun Imaan Lily yang sulung, tapi dia paling kecil, namun sekarang dah nampak berisi sikit. Tidak hairan kerana saya pun kakak sulung lagi kecil dari adik beradik yang lain.

Apabila ditanya kepada Nazril Idrus apakah cabaran yang dialami ketika menjaga anak kembarnya itu, pengacara serta pakar perunding kewangan ini memberitahu, “Cabaran dari segi masa. Saya kena berjaga pada waktu malam setiap dua jam. Letih juga tapi memang seronok dapat tukar lampin mereka. Kami juga ada jadual waktu yang ditampal di peti ais rumah.

“Saya juga rasa teruja tengok mereka membesar setiap hari di depan mata saya. Saya bersyukur dapat dua cahayamata yang cantik. Saya harap mereka menjadi orang yang beriman dan berguna,”ujar Nazril Idrus mengakhiri perbualan dengan wartawan hiburan. -Gua.

Tengok Video Sazzy Falak Seksi Menari Berdansa Bersama Nazril Idrus




Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Cantik gambar anak kembar Sazzy Falak dan Nazril Idrus. Nama mereka pun cantik comel, Imaan Lily dan Tiara Rose. Syukur majlis aqiqah dan majlis bercukur jambul berjalan dengan lancar. Bukan senang nak uruskan anak kembar, yalah seorang pun boleh pening, tambah-tambah yang kembar 2 3 4 lagilah runsing. Penulis harap Sazzy Falak dan Nazril Idrus sabar dan tabah sementara mereka masih kecil.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gambar Anak Kembar Sazzy Falak & Nazril Idrus By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...