CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gambit Saifullah Mohon Maaf Secara Terbuka Di Twitter


 Betul Ke Gambit Saifullah Mohon Maaf Secara Terbuka Di Twitter?

Belum habis lagi cerita panas Gambit Saifullah. Pelakon dan pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah memohon maaf secara terbuka di laman sosial Twitter miliknya. Permohonan maaf itu dilakukan ekoran tindakannya memaki-hamun segelintir blogger yang mencemuh mengkritik dengan pedas tentang dirinya sejak tersebarnya klip video lagu MARILAH nyanyian Prema Yin dan lakonan Shahz Jaszle yang diarahkan olehnya.

Gambit Saifullah Mohon Maaf
Gambar Twitter Gambit Saifullah Memohon Maaf Secara Terbuka

Antara kata-kata yang dititipkan oleh Gambit Saifullah di laman Twitternya adalah "People, I'm sorry if i've done anything wrong. To the ones who's full with fitnah & hypocrite, U guys need to apologize 1st. Nite people.".

Gambit Saifullah Teruk Dikritik / Dikutuk

Sejak tersebarnya klip video tersebut yang memaparkan adegan yang tidak mencerminkan budaya tempatan dan sopan, Gambit Saifullah secara tidak langsung turut terkena tempias dikritik di laman sosial seperti blog, Twitter dan Facebook.

Agak kurang senang dengan kritikan yang disifatkannya sebagai hipokrit itu, Gambit turut meluahkan perasaannya di laman sosial milik peribadinya tempoh hari.

P/s: Penulis tidak pasti sama ada Gambit Saifullah memohon maaf secara terbuka ini ikhlas atau tidak. Ayat terakhir Gambit Saifullah menunjukkan beliau masih tidak berpuas hati. Jangan cari pasal Gambit Saifullah. Kami bukan cemuh, kritik, komen sebarangan, ini untuk kebaikan juga. Jangan diulangi perkara-perkara yang sensitif, senior-senior artis gelak ketawa tengok anak muda baru nak naik dalam industri hiburan terkini.


Gambit Saifullah Mohon Maaf Secara Terbuka Di Twitter

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gambit Saifullah Mohon Maaf Secara Terbuka Di Twitter By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...