CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gosip Farawahida - Lagu Jangan Tanya Aku Lagi


Apa Gosip Terbaru Farawahida - Lagu Single 2011 Jangan Tanya Aku Lagi.

Kisah hitam yang berlaku ke atas Farawahida banyak memberi pengajaran supaya dia lebih tabah mengharungi setiap liku pahit bergelar seorang artis Malaysia.

Bukan semuanya manis. Namun jika ingin membina nama di persada seni, seseorang itu tidak dapat lari daripada cerita tidak manis yang dilemparkan, hanya cepat atau lambat sahaja.

Walau apapun, penyanyi berkulit hitam manis yang bernama Farawahida Razali atau Fara ini bersyukur dan menganggap pengalaman 'tragis' yang berlaku ke atas dirinya pada tahun 2009 sebagai pengalaman yang mematangkan.

Kontroversi Julfekar Ahmad Shah Matangkan Farawahida

Kontroversi yang dialaminya itu ekoran perselisihan faham dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah.
Puncanya Farawahida enggan menyambung kontrak dengan syarikat Julfekar, MillenniumArt Sdn. Bhd.

Ia kemudian menjadi hangat dalam laporan media massa apabila Julfekar dituduh mahu menyebarkan foto dan video lucah Farawahida.

Namun dalam kenyataan akhbarnya, Julfekar menafikan tuduhan itu dan sebaliknya meminta gantirugi sebanyak RM200,000 daripada Farawahida atas kepayahannya berusaha selama tujuh tahun membantu menaikkan nama Farawahida di persada seni tanah air.

Farawahida Video Lucah
 Adakah Benar Video Lucah Farawahida Di Dalam Simpanan Julfekar?

Apabila ditanya adakah kesnya dengan Julfkar itu sudah selesai Fara sekadar meluahkan: "Saya sebenarnya tidak ingin mengungkit kembali kisah lama, biarlah ia menjadi sejarah."

Namun, dalam pada itu katanya lagi: "Dugaan yang ditempuh tidak patahkan semangat Fara kerana dalam masa yang sama, Fara dapat rasakan kenikmatan yang diberi oleh Illahi.

"Itu semua terserah kepada takdir. Fara rasa diri ini bermula dari peringkat bawah dan lama kelamaan rezeki itu hadir dan alhamdulillah ia meningkat saban masa," ujar penyanyi kelahiran Taiping ini.

Farawahida Kembali Hit Dengan Lagu Jangan Tanya Aku Lagi

Tahun 2011 seperti tahun baru buat Fara kerana sebelum ini, mungkin ramai peminat sudah tertanya-tanya 'kehilangan' Fara selama dua tahun menyepi tanpa single mahupun album baharu.

Rupa-rupanya, kehilangan dirinya itu digunakan sebaik mungkin oleh Fara untuk menjana pendapatan bagi mengeluarkan singlenya yang terbaru yang diberi judul Jangan Tanya Aku Lagi yang mana single tersebut menjadi runut bunyi bagi drama slot Lagenda TV3, Mata Ayer.

"Bagi Fara, ini merupakan platform yang baik untuk Fara bagi mempromosikan single ini kerana selain insiden tersebut, saya tiada cerita panas yang lain.

"Jadi, bila keluar dengan single baru, tambah pula menjadi runut bagi drama Mata Ayer, ia akan memudahkan rangka promosi saya," bicara Fara.

Jangan Tanya Aku Lagi merupakan hasil nukilan penulis lirik Nawfal dan komposer Manusia Putih yang bergenre balada.

Apabila ditanya persoalan mengenai pilihan judul singlenya, penyanyi berusia 25 tahun ini menjawab, ia diberi secara spontan setelah membaca lirik yang diberi.

Farawahida Dapat Khidmat Komposer Manusia Putih 

Jika sebelum ini, mungkin Fara terikat dengan MillenniumArt dan berada di bawah pengurusan Julfekar.

Namun kini, berbekalkan wang hasil usahanya selama diri bergelar artis, Fara berjaya mengeluarkan single tersebut.

"Fara akui sebelum ini, berada di bawah Julfekar, kesemuanya dilakukan olehnya dan Fara hanya merakam vokal. Fara tidak tahu langsung mengenai proses-proses penghasilan single.

"Kini setelah bergerak sendiri, baru Fara belajar, peringkat-peringkat yang perlu dilalui ketika proses rakaman sehinggalah sempurna sebuah lagu dihasilkan," ujar Fara jujur mengakui kelemahan dirinya sebelum ini.

Tambahnya, jika dahulu, tiada ruang untuk dirinya bekerjasama dengan penulis lirik dan komposer yang lain.

Farawahida Jangan Tanya Aku Lagi
 Gambar Farawahida - Lagu JANGAN TANYA AKU LAGI

Kini, setelah membuka ruang bagi perkara tersebut, barulah terbuka matanya ketahui yang setiap orang punyai pendapat dan cara bekerja yang berbeza.

Apa yang pasti, ujar Fara, kepuasan yang berbeza dapat dinikmati setelah usaha yang dilakukan diterima dengan baik dan ia juga merupakan pembelajaran baru buat dirinya yang sebelum ini tidak tahu mengenai apapun.

"Sebelum Fara buat keputusan, Fara banyak bertanya kepada rakan-rakan yang lain untuk sama-sama sumbangkan pendapat agar Fara mendapat yang terbaik.

"Fara tidak kisah jika terpaksa merakam berulang-ulang kerana jika itu yang terbaik, Fara akan lakukannya demi mencapai produk akhir yang berkualiti untuk disajikan kepada peminat dan pendengar," ujarnya.

Komposer Terkenal Manusia Putih Popularkan Farawahida

Pujian juga diberikan kepada komposer dikenali dengan nama Manusia Putih, kerana Fara berpendapat Manusia Putih bijak bermain dengan muzik dan irama yang mana kesemuanya berbeza dan sesuai dengan artis yang menyampaikan lagu tersebut.

Di samping itu, dirinya bersyukur kerana banyak yang tampil membantu dan ada sahaja rezeki yang hadir bagi memudahkan perjalanan kariernya sebagai anak seni setelah dugaan yang menimpa diri.

Tidak dinafikan setiap cabang yang diceburi pasti punyai cabaran untuk diharungi. Begitu juga Fara, taruhan single yang dihasilkan dari titik peluhnya sendiri mungkin agak sukar namun kesemuanya ditempuhi dengan sabar.

"Fara tidak kisah apa pun cabaran yang mendatang kerana bagi Fara itu yang membuatkan diri ini matang dalam menguruskan kesemua hal.

"Tetapi jika mahu ditanya, penggunaan masa merupakan perkara paling memberi cabaran kepada diri. Ini kerana sebelum membuat sebarang keputusan muktamad, Fara banyak bertanya dan sebenarnya banyak masa terbuang di situ.

"Namun, Fara anggap itu sebagai pengorbanan untuk berjaya," ujarnya yang turut memberitahu dia tidak mahu berubah secara drastik kerana khuatir peminat tidak dapat menerima.

"Apa yang boleh dirumuskan ialah, Fara berbangga dengan apa yang Fara lalui walaupun sepi selama dua tahun, apa yang dihasilkan ini menggunakan hasil usaha dan titik peluh saya sendiri. Ini juga merupakan penghormatan buat diri saya," luah Fara sambil mengukir senyuman mengakhiri kata-katanya.


P/s: Penulis berharap Farawahida bangkit kembali dari kisah hitamnya bersama Julfekar. Gosip Farawahida berkenaan dengan video lucahnya sudah kembali senyap, kini kembali dengan lagu JANGAN TANYA AKU LAGI akan mengubat rindu para peminat Farawahida.

~ Gosip Farawahida - Lagu Jangan Tanya Aku Lagi ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gosip Farawahida - Lagu Jangan Tanya Aku Lagi By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...