CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gosip Miley Cyrus Seksi Gila Glamor Publisiti Murahan


Betul Ke Gosip Miley Cyrus Seksi Gila Glamor Sukakan Publisiti Murahan?

Selepas menghilangkan diri tanpa berita terbaharunya di laman sosial Twitter sejak bulan lepas, Miley Cyrus kini kembali aktif.

Menulis di Twitter miliknya pada 11 Jun 2011 lepas, kata Miley: “Sekadar tidak mahu kalian (peminat) semua fikir aku sudah melupakan kalian.

“Aku pulang ke rumah untuk beberapa minggu sebelum kembali sibuk dengan konsert jelajah, jadi aku tak Tweet dengan kerap. Aku sedang menikmati privasi diri sebanyak mungkin. Aku sayang kalian semua.”

Miley Cyrus Hilangkan Diri Seketika

Sebelum ini, kali terakhir Miley ‘muncul’ di Twitter rasminya adalah pada 29 Mei lepas iaitu selepas berakhirnya siri konsert jelajahnya The Gypsy Heart Tour di Amerika Latin.

Tweet Miley itu berbunyi: “Sangat seronok kembali ke konsert jelajah. Manila dan Australia, kini aku datang!”
Laporan E!News menyebut Miley terbang dari Los Angeles ke Manila, Filipina pada Selasa lepas untuk mengadakan konsertnya yang telah berlangsung di situ, semalam.

Miley Cyrus Seksi Glamor
 Gambar Miley Cyrus Kuasa Magnet Industri Hiburan

Dari situ, dia dijadualkan terbang ke Australia untuk memulakan siri konsert jelajahnya di pulau terbesar di dunia itu bermula di Brisbane Selasa ini.

Menurut sumber E!News, teman lelaki Miley, aktor kelahiran Australia Liam Hemsworth yang mengikuti Miley sepanjang konsert jelajahnya berangsung di Amerika Latin, selain turut pulang bersamanya di Los Angeles, kali ini tidak turut serta bersama Miley ke Manila.

Hemsworth khabarnya ketika ini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya, The Hunger Games di Carolina Utara, Amerika Syarikat.

Miley Cyrus & Liam Hemsworth Pasangan Kekasih

Itu secebis kisah terkini figura yang mula mencipta nama menerusi siri TV popular, Hannah Montana itu.

Setidak-tidaknya kesibukan dirinya dengan konsert jelajah dunianya itu merupakan sesuatu yang positif selepas siri kontroversi yang dicetuskan Miley, khususnya berkaitan isu fesyen pakaian seksi yang digayakannya sejak usianya mencecah 18 tahun kini.

Miley Cyrus Liam Lover
 Gambar Miley Cyrus Bersama Kekasihnya Liam Hemsworth

Selepas muncul ‘hangat’ dengan berbikini di pantai Brazil baru-baru ini, selain sengaja menonjolkan bra yang dipakainya menerusi foto-foto yang tertera dalam telefon bimbitnya, ‘kenyataan fesyen’ Miley menerusi filem terbaharu lakonannya, So Undercover ternyata tidak turun darjah kehangatan suhunya.

Gosip Miley Cyrus Tunjuk Bra Bikini Di Brazil

Dijadualkan untuk tayangan di pawagam menjelang Oktober ini, menerusi filem yang turut dilakonkan aktor Jeremy Piven itu, Miley muncul dengan imej yang baharu yang sudah tentu seksi dan hangat - seluar pendek jingga dan bra berwarna merah membaluti bahagian atas tubuhnya!

Sebenarnya, karakter lakonannya dalam filem itu adalah sebagai seorang penyiasat persendirian yang diupah untuk menyamar sebagai seorang pelajar kolej, justeru adakah imejnya yang begitu seksi merupakan sesuatu yang perlu?

Dalam kes Miley, sudah pasti ia suatu keperluan utama. Malah, untuk babak dia berpakaian lengkap dalam filem itu, keseksian Miley tetap terserlah pada tahap hangat dengan menyarungkan skirt mini yang sangat singkat, baju ketat dan sudah tentu kasut tumit tinggi!

Jadi, adakah Miley sengaja mencipta kontroversi dengan memanipulasi industri fesyen bagi memastikan namanya berterusan menjadi judul utama berita, sekaligus melebarkan popularitinya ke tahap maksima?

Miley Cyrus Nafikan Spekulasi Kontroversi Gosipnya

Miley menafikannya! Malah, dia menyelar dan menganggap spekulasi itu sebagai suatu tanggapan yang salah terhadap dirinya.

“Banyak perkara tentang saya telah direka dan menyebabkan ramai yang fikir saya sengaja mencipta kontroversi untuk menarik perhatian umum terhadap diri ini,” ujarnya pada sidang akhbar di Manila, kelmarin sepertimana yang dilaporkan oleh Mb.com.ph.

Penyanyi yang popular di seluruh dunia antaranya menerusi lagu The Climb dan Party in the USA itu menegaskan, pendiriannya dalam menjalani kehidupan banyak dipengaruhi nasihat yang telah diberikan oleh bapanya, penyanyi country Billy Ray Cyrus.

Ujar Miley: “Bapa pernah berkata, setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan ini, jika ia berpunca daripada perasaan cinta, kejayaan pasti akan berjaya dicapai tidak kira apa jua yang berlaku.”

Miley Cyrus Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Bukan sekadar menafikan dia menyukai publisiti murahan, malah Miley melabelkan gosip dan spekulasi negatif yang melanda selebriti seperti dirinya sebagai ‘bahagian paling teruk dalam industri hiburan’.

Miley juga sempat memberi amaran kepada selebriti lain tentang bahaya media rangkaian sosial seperti Twitter. “Ia bergantung kepada seseorang selebriti untuk menetapkan batasan dan sejauh mana dia mahu masyarakat umum mengetahui tentang kehidupan peribadinya menerusi platform seperti Twitter.”

Tambahnya: “Berhenti mengunakannya (media rangkaian sosial), jika kamu mahukan privasi. Baca berulang kali apa yang ditulis bagi memastikan supaya kamu boleh mempertahankan apa yang telah kamu tulis itu. Apabila tulisan kamu itu dibaca umum, ia sudah tidak boleh ditarik semula.”

Miley Cyrus Publisiti Murahan
 Gambar Miley Cyrus Seksi Gemarkan Publisiti

Figura yang memiliki ketinggian 1.65 meter (5 kaki 5 inci) itu turut mengingatkan media dan orang ramai bahawa golongan selebriti berhak untuk dihormati apabila berkaitan dengan privasi.

Miley menegaskan ia sesuatu yang ‘salah dari segi undang-undang’ jika selebriti berterusan diganggu privasinya biarpun selepas medreka melahirkan perasaan kurang selesa mereka terhadap gangguan tersebut.

“Saya tidak suka dengan jurugambar yang bersembunyi dalam semak semata-mata mahu mengambil saya sedang berbikini di tepi pantai. Undang-undang harus dipatuhi, jika ada yang melanggar undang-undang itu, mereka akan mendapat susah,” ujarnya lagi.

Biarpun seringkali timbul pertelingkahan antara Miley dan media dari masa ke masa, Miley mengakui itu semua tidak menyebabkan karier seninya tergugat. Katanya: “Sebagai artis, kerja saya ialah mencipta dan saya gembira melakukannya. Jadi, perkara-perkara negatif itu boleh tolak ke tepi.”

Jika Miley Cyrus Bukan Artis

Dalam pada itu, Miley mengakui jika dia tidak menjadi artis, sudah pasti bidang yang dipilih sebagai karier adalah fotografi dan fesyen. “Saya merakam foto semua tempat yang saya pergi. Fesyen pula, saya menggemari citarasa 1970-an, stail hippie,” luahnya.

Miley dalam pada itu menafikan dia telah mengecewakan ibu bapanya terhadap citarasanya dalam berfesyen, tetapi tidak menolak kenyataan bahawa dia telah mengecewakan ibu dan bapanya itu dalam perkara-perkara lain.

“Tipulah kalau ada yang kata dia tidak pernah mengecewakan ibu bapanya,” tuturnya.

Apabila ditanya apakah impiannya semasa kecil, ringkas tetapi padat Miley menjawab: “Ini (artis)...sentiasa ini.” -Kosmo.


P/s: Bagi peminat-peminat Miley Cyrus tentu mereka suka gosip tentang Miley Cyrus yang seksi gila glamor sukakan publisiti murahan untuk memastikan nama mereka sentiasa dibibir peminat dan media. Best ke macam tu?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gosip Miley Cyrus Seksi Gila Glamor Publisiti Murahan By Mohd Rohaizad. Published: 18.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...