CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gosip Neelofa - Masalah Disiplin Set Penggambaran Drama


Gosip Neelofa - Masalah Disiplin Set Penggambaran Drama

Apa lagi kisah gosip mengenai Neelofa. Kalau sebelum ini dia dikaitkan sebagai punca kehancuran cinta antara Shah Jazle dan Maria Farida, kali ini isu disiplin pula yang timbul di tempat penggambaran drama baru.

Pelik juga ya. Seputar alam, nama dia juga yang naik membangkitkan aroma kontroversi apalagi dalam soal kerjaya. Adakah benar atau sekadar propa gosip Neelofa ini?

 Neelofa Nafi Perampas Rumahtangga Shah Jazle dan Maria Farida

Semuanya gara-gara dia dikata tidak menjaga disiplinnya semasa menjalani set penggambaran drama berjudul Kitab Cinta arahan Bade Azmi baru-baru ini.

Yang menyampaikan cerita pun, bukanlah orang jauh pun. Orang-orang di belakang tabir juga.

Sama ada memang Neelofa sendiri bermasalah atau orang yang menyampaikan cerita itu yang ada masalah. Entahlah.

Yang penting sekarang, nama Neelofa seakan membusuk apalagi di saat dia mahu bertatih membina jenama Neelofa sebagai pelakon baru.

Kesempatan berbual dengan Neelofa baru-baru ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pancaindera untuk menggali cerita sebenar.

Betulkah Neelofa ni seorang yang tak berdisiplin?

Ini mesti kes datang lambat tu kan? Akak janganlah percaya. Itu semua berlaku disebabkan salah faham. Saya bukan orang macam tu.

Eh? Dah tahu? Ingatkan Neelofa akan mengelak kalau diserang soalan ini. Jadi, cuba cerita sikit, siapa yang salah ni?

Susah nak cakap bila dalam satu produksi kita bekerja dengan dua pasukan. Pasukan A dah salah faham dengan pasukan B dari segi jadual kerja, jadi dari situlah munculnya salah faham. Masalahnya, saya pula yang menjadi mangsa sebab orang kata saya yang salah.

Habis kalau tak salah, tak adalah orang mengata betul tak?

Macam ni, sebenarnya pada hari kejadian, saya dah habis pun penggambaran dengan drama tersebut. Dalam masa yang sama, saya pun ada komitmen dengan sebuah drama di bawah produksi KRU. Disebabkan salah faham tersebut, saya terpaksa memanjangkan tempoh penggambaran Kitab Cinta selama dua hari lagi.

Saya tak merungut sebab itu memang kerja saya. Tapi yang tak sedap didengar, saya dikata sengaja datang lewat walhal saya dah ada terpacak di set pada pukul 10.30 pagi biarpun diberi call time pukul 11 pagi.



Kalau begitu, macam mana boleh timbul soal datang lambat tu? Neelofa cakap benar atau tengah ‘propa’ ni?

Buat apa saya nak propa pula? Betul kak, saya datang awal. Yang datang lambat tu kru produksi sendiri. Kelibat mereka cuma muncul pada pukul 1 petang dan penggambaran bermula pada pukul 1.30 petang. 

Walhal saya dah menunggu sejak dari pagi lagi. Tak mengapalah. Saya tak kisah menunggu. Saya selalu ingat pesan ibu bapa saya, biar kita menunggu orang bukan orang menunggu kita. Itu yang saya praktik dalam budaya kerja saya sampai sekarang. Sepatutnya tak timbul isu disiplin sebab saya bukan orang yang begitu.

Eh awak ni nak salahkan orang pulakah? Haa.. jangan main-main nanti makan diri.

Bukan begitu kak. Walaupun saya tahu siapa yang menyampaikan cerita ni, tapi saya tak mahu lah nak tuding jari pada sesiapa. Macam saya cakap tadi, semua ini salah faham. Pasukan A dan B masing-masing tak perasan jadual kerja mungkin. Saya tak ambil hati pun dengan hal ini. Hal kecil saja.

Neelofa rasa adakah isu ini sengaja diperbesarkan memandangkan awak ni orang baru dalam industri.

Mungkin ada pihak yang cuba nak menguji Neelofa. Mana tahu bukan?

Ya. Saya tak menolak mungkin ia sebagai satu ujian. Iyalah saya ni kan pelakon baru mungkin mereka nak tengok saya ni boleh bertahan tak dalam industri ni. Saya pun tak nak bergaduh dengan sesiapa jadi saya tak mahu peduli sangat. Kalau nak tahu, lepas isu ini tersebar pun, saya masih boleh bertegur sapa dan melayan baik semua kru di produksi. Jadi tak ada istilah nak bermasam muka jauh sekali mahu berdendam.

Selepas tercetusnya perkara ini, ada tak Neelofa merujuk kepada Bade dan Erma Fatima?

Sudah tentulah. Tapi bukan untuk mengadu atau apa. Cuma mahu menjelaskan keadaan sebenar. Selepas itu abang Bade dan kak Erma pun ada memanggil semua kru produksi dan bertanyakan hal ini dan mereka juga sudah menjelaskan keadaan yang sebenar kepada semua kru. Rasanya semua dah jelas setakat ini.



Amboi..ada sokongan kuat nampak? Untung artis baru macam Neelofa ni. Dah lah cantik, ada orang kuat pula yang sokong. Bertuah badan. Tak begitu?

Janganlah cakap macam tu kak. Kalau akak nak tahu cara kerja saya bagaimana, cuba akan tanya sendiri dengan pengarah lain. saya tak pernah langgar disiplin. Seboleh-bolehnya saya akan menjaga hal yang satu ini. Iyalah tak akanlah saya mahu rosakkan periuk nasi sendiri bukan? Ini tanggungjawab saya, jadi saya akan berusaha mengekalkan reputasi dengan baik.

Kalau ada yang kata Neelofa sengaja mencipta sejuta alasan pula bagaimana?

Saya anggap ini semua dugaan. Kalau saya fikir sangat susahlah nak kerja nanti. Perjalanan saya sebagai pelakon masih jauh lagi kak. Saya tak mahu kerana hal ini saya perlu rasa tergugat. Kepada mereka yang membawa cerita, biarlah Tuhan saja yang membalasnya. Saya akan jalani hari saya macam biasa. Itu saja.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gosip Neelofa - Masalah Disiplin Set Penggambaran Drama By Mohd Rohaizad. Published: 5.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...