CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hacker Ancam Godam Laman Web Kerajaan Malaysia - CyberSecurity


Betul Ke Hacker Ancam Godam Laman Web Kerajaan Malaysia Dan Disahkan Oleh CyberSecurity?

Betul ke Hacker ancam untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia? Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan, www.malaysia.gov.my.

Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.

Operation Malaysia Hacker
 Gambar Operation Malaysia - Kumpulan Hacker Anonymous Ancam CyberSecurity

Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.

"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.

Kumpulan Anonymous Ancam Godam Laman Web Malaysia

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.

Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweet memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.

Kerajaan Malaysia Sekat Laman Web

Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.

Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.

Saksikan Video Youtube Ancaman Hacker Untuk Godam Laman Web Kerajaan Malaysia






P/s: Penulis akan menanti sama ada betul ancaman Hacker antarabangsa untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia berjaya atau tidak. Tentu kecut perut orang bertugas di CyberSecurity, kalau betullah kena godam teruklah nanti.. Hehehe.. Sama-sama kita nantikan ya.

~ Hacker Ancam Godam Laman Web Kerajaan Malaysia - CyberSecurity ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hacker Ancam Godam Laman Web Kerajaan Malaysia - CyberSecurity By Mohd Rohaizad. Published: 14.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...