CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hazama Juara AF Musim Terakhir - Konsert Di Dataran Putrajaya


Menepati Ramalan, Hazama Juara AF Musim Terakhir - Konsert Di Dataran Putrajaya.

Program realiti televisyen Astro, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) atau yang terakhir mengangkat Hazama sebagai juara pertandingan nyanyian itu pada konsertnya yang diadakan di Dataran Putrajaya di sini malam ini.

Hazama @ Hazama Ahmad Azmi Juara AF9

Dengan kemenangan itu, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi berumur 26 tahun, membolot hadiah berupa wang tunai RM200,000, hamper, wang tunai RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi.

Hazama Juara AF9
 Gambar Hazama Juara AF9 Di Konsert Dataran Putrajaya

Lena @ Lenaber Haider Naib Juara AF9

Naib juara pertandingan yang diacarakan Aznil Nawawi, AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley itu dimenangi oleh Lena atau Lenaber Haider berumur 22 tahun, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai bernilai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 serta trofi.

Fina @ Nur Shafinaz Jebat Tempat Ketiga AF9

Tempat ketiga pertandingan yang disiarkan menerusi Astro Ria itu diraih oleh Fina atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat yang menggondol wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai bernilai RM1,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony dan trofi.

Azri Tempat Keempat AF9

Sementara itu, tempat keempat pula dimenangi oleh Azri yang merangkul hadiah wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Pertandingan akhir yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 12 malam.


P/s: Penulis mengucapkan TAHNIAH buat Hazama yang menjadi juara AF yang terakhir di konsert Dataran Putrajaya. Tidak lupa juga kepada Lena, Fina dan Azri yang telah mencuba menyaingi dalam Akademi Fantasia Ke-9 pada malam tadi. AF dengan rasminya ditutup oleh Amy Search, pengetua AF yang terakhir.

Hazama Juara AF Musim Terakhir - Konsert Di Dataran Putrajaya

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hazama Juara AF Musim Terakhir - Konsert Di Dataran Putrajaya By Mohd Rohaizad. Published: 13.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...