CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hazama Juara Akademi Fantasia Musim Kesembilan (AF9)


 Betul Ke Hazama Juara Akademi Fantasia Musim Kesembilan (AF9)?

Bagi peserta program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) yang tersingkir pada konsert kesembilan Sabtu lalu, iaitu Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul AF9) mengjangkakan Hazama AF9 layak menjadi juara program AF9 berdasarkan kualiti dan kelebihan yang dimilikinya.

Erul Jangka Hazama Juara AF9

Ujar Erul, Hazama yang juga bekas peserta AF4 adalah calon kegemarannya untuk menjuarai musim terakhir AF9 kerana mempunyai pesona, karakter yang disenangi ramai dan kekuatan vokal tersendiri.

"Di antara empat finalis yang akan bersaing di konsert akhir nanti, saya memilih Hazama untuk menjuarai program itu. Dia mempunyai karakter dan imej yang lucu dan menyenangkan.

"Kualiti vokal dan pengalaman yang dimilikinya itu melayakkan dia untuk menjadi juara. Dia juga seorang rakan yang baik dan tidak kedekut ilmu kerana banyak berkongsi pengalaman dan ilmunya dengan saya," katanya yang ditemui pada sidang media konsert tersebut di Astro, Sabtu lalu.

Erul AF9


Perancangan Erul AF9 Selepas Tersingkir

Ditanya pula tentang perancangannya selepas tersingkir daripada AF9, jejaka dari Kuala Lumpur ini berkata, walaupun dia kecewa kerana gagal mara ke pentas akhir, perjuangannya akan diteruskan demi bergelar penghibur yang berjaya.

"Berdasarkan kajian yang saya buat, imej dan muzik K-Pop mampu untuk menarik perhatian peminat hari ini.

"Saya akan jadikan imej K-Pop yang saya ketengahkan ini sebagai ikon dan panduan untuk terus mengembangkan bakat," katanya.

Pada konsert separuh akhir, malam Sabtu lalu, Erul tersingkir daripada persaingan setelah mendapat undian terendah iaitu 21 peratus.

Konsert Akhir AF9

Konsert akhir AF9 pada 12 Jun ini bakal menyaksikan persaingan Azri, Fina, Hazama dan Lena dalam merebut peluang bergelar juara terakhir program itu.

Ia akan bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam dari perkarangan Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.

P/s: Penulis turut menjangkakan yang Hazama AF9 bakal menjadi juara Akademi Fantasia Ke-9. Anda pula pilih siapa ya?


Hazama Juara Akademi Fantasia Musim Kesembilan (AF9)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hazama Juara Akademi Fantasia Musim Kesembilan (AF9) By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...