CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hazama Kahwin Selepas Tamat Ijazah Tiga Tahun Di UUM


 Betul Ke Hazama Hanya Akan Kahwin Selepas Tamat Pengajian Ijazah Tiga Tahun Di UUM?

Cerita terbaru tentang juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama Ahmad Azmi atau Hazama berumur 27 tahun, akan berkahwin dengan kekasihnya dalam masa tiga tahun lagi.

Hazama berkata, perancangan tersebut akan dilakukan selepas dia menamatkan pengajian jarak jauh, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hazama AF9 Terpaksa Tangguh Pengajian

"Ketika diserapkan ke AF9, saya terpaksa menangguhkan pengajian buat seketika dan selepas ini saya akan sambung semula sehingga tamat pengajian dalam jangka masa tiga tahun.

"Selepas itu barulah boleh kahwin. Alhamdulillah, saya sudah selangkah ke depan dalam memajukan karier nyanyian serta kehidupan saya," katanya.

Wang Yang Dimenangi Disimpan Untuk Perkahwinan Hazama AF9 & Kekasihnya

Tambah Hazama, sebahagian wang tunai sebanyak RM200,000 yang dimenanginya itu, akan disimpannya termasuklah untuk menguruskan soal perkahwinan.

Hazama AF9 Kahwin Selepas 3tahun
 Gambar Hazama AF9 Di Konsert Akhir Akademi Fantasia

"Inilah kali pertama saya menerima sejumlah wang yang besar. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Selain menyimpan, mungkin saya akan menggunakannya berkaitan dengan kerjaya muzik saya," tuturnya.

Sementara itu, sejak Hazama tampil dengan gaya bercelak sepanjang membuat persembahan pada konsert mingguan AF9, dia bercadang untuk mengekalkan imej tersebut.

Hazama AF9 Kekalkan Imej Bercelak Ala Gothic

Ini kerana imej tersebut membantu dirinya menjadi lebih yakin ketika berada di atas pentas.

"Bermula hari ini, saya akan muncul dengan imej bercelak, sama seperti pengetua kami, Amy Search.

"Apa-apa pun, kalau boleh saya mahu menjadi individu yang membawa imej berkenaan mahupun muzik kepada umum," ujarnya yang mempunyai single lagu terbaru, Cinta Teragung.

Klik Sini Untuk Gosip Cinta Awi Rafael Dengan Anak ND Lala.

P/s: Penulis menyokong yang Hazama AF9 kahwin dengan kekasihnya selepas 3 tahun tamat pengajian ijazahnya di UUM. Patut berehat dulu selepas berjaya menjadi juara, yang penting kekalkan prestasi nyanyian, jangan jadi seperti juara-juara AF yang lain yang dah mula menyepi atau tidak laku.

~ Hazama Kahwin Selepas Tamat Ijazah Tiga Tahun Di UUM ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hazama Kahwin Selepas Tamat Ijazah Tiga Tahun Di UUM By Mohd Rohaizad. Published: 13.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...