CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

'K-Pop Hitz Talent Show' - Program Realiti Terbitan Jehan Miskin


Betul Ke 'K-Pop Hitz Talent Show' Merupakan Program Realiti Terbitan Jehan Miskin?

WOW! Tahukah anda semua, yang pelakon Jehan Miskin melalui syarikatnya Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan sebuah rancangan program realiti berjudul K-Pop Hitz Talent Show yang bakal bersiaran bermula 18 Jun 2011 ini, pukul 3.30 petang di saluran 705, Astro Hitz.

Menurut Jehan, program dengan kerjasama Astro Hitz dan Organisasi Pelancongan Korea itu bertujuan mencari bakat-bakat terpendam dalam bidang tarian dan nyanyian yang sedang menjadi satu fenomena di Malaysia.

Format 'K-Pop Hitz Talent Show'

"Program ini lain daripada program realiti yang biasa. Kita membuat satu formula baru yang mana mencampurkan format realiti, MTV dan pengembaraan.

"Melalui episod pertama hingga kelima kita adakan pencarian dan pertandingan, manakala episod keenam merupakan final dan episod ketujuh merupakan episod siri penjelajahan pemenang yang bakal dibawa ke Korea," ujarnya pada sidang media Pelancaran K-Pop Hitz Talent Show, di sini, Selasa.

'K-Pop Hitz Talent Show' Menawarkan Hadiah Lumayan Kepada Pemenang

Program ini juga menawarkan hadiah utama pakej empat hari, tiga malam percutian ke Korea yang dibiayai penuh dan berpeluang membuat persembahan secara langsung di Lotte World Theme Park, Korea.

Dalam pada itu, kata Jehan, idea menerbitkan program tersebut tercetus apabila melihat trend dan penerimaan masyarakat yang luar biasa terhadap aliran muzik dari negara Korea ini.

Jehan Miskin Kpop Hitz Talent Show
 Gambar Jehan Miskin - K-Pop Hitz Talent Show

"Kita lihat terlalu ramai yang meminati kumpulan-kumpulan dari negara Korea. Oleh itu kita memberi peluang kepada mereka untuk merealisasi impian tersebut.

"Saya sendiri mengaku meminati filem, drama dan muzik dari negara tersebut. Malah bukan ketika kemunculan bintang-bintang K-pop tetapi sejak dahulu lagi," katanya.

'K-Pop Hitz Talent Show' Pengaruh Muzik Budaya Korea

Ketika ditanya, adakah pengaruh muzik dan budaya asing ini boleh memberi kesan negatif kepada industri seni tanah air, Katanya, K-pop hanya sekadar muzik yang mewarnai industri hiburan tanah air semata-mata.

"Kedatangan K-pop dalam industri hiburan Malaysia adalah untuk menambah bilangan muzik di negara ini, ia tidak mengurangkan atau menjejaskan industri kita.

"Ia seperti kehadiran genre muzik hip hop suatu masa dahulu yang pada mulanya ditentang masyarakat kerana bertentangan budaya tapi lama kelamaan ia turut diterima dan diserapkan mengikut budaya kita," katanya.

Temuduga Uji Bakat 'K-Pop Hitz Talent Show' - Astrohitz

Sementara itu, bagi peminat setia K-pop boleh mendaftar bagi sesi uji bakat melalui www.facebook.com/astrohitz atau terus ke beberapa lokasi uji bakat yang akan diadakan di tempat-tempat berikut:

- 18 Jun di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
- 25 Jun di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.
- 2 Julai di The Curve, Damansara, Selangor.
- 4 Julai di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.


P/s: Tahniah penulis ucapkan kepada Jehan Miskin yang bakal terbit program realitinya sendiri iaitu K-Pop Hitz Talent Show. Adakah satu lagi program realiti artis mee segera bakal muncul? Kalau anda berminat untuk menyertai rancangan ini, jangan lupa hadir uji bakat seperti yang tertera di atas. Sama-sama kita nantikan kemunculan band-band ala Korea versi Malaysia.

~ 'K-Pop Hitz Talent Show' - Program Realiti Terbitan Jehan Miskin ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

'K-Pop Hitz Talent Show' - Program Realiti Terbitan Jehan Miskin By Mohd Rohaizad. Published: 14.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...