CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Info Menarik AF9 - Kemenangan Hazama Telah Dirancang


 Info Menarik AF9 - Kemenangan Hazama Telah Dirancang Astro?

Betul ke kemenangan Hazama AF9 telah dirancang oleh pihak Astro? Menutup 'institusi' yang dibina sembilan tahun yang lalu, Akademi Fantasia (AF) berjaya melahirkan seramai 120 orang pelajar bermula daripada AF1 hingga AF9. Bermula hanya dipentas kecil iaitu di Dewan Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, AF bagaimanapun menutup tirai secara gah di hadapan ribuan peminatnya di Dataran Putrajaya, semalam.

Menobatkan Hazama sebagai pemilik terakhir gelaran juara program realiti itu, ia sekaligus menjadi penutup pada 'demam' AF yang selama sembilan tahun menghantui peminatnya.

Seperti kebiasaan, kemenangan ini sudah pun mendapat jangkaan awal, jadi tidak hairanlah jika ada yang mengatakan Hazama begitu ditatang oleh pihak Astro terutamanya dari segi persembahan.

Lihat sahaja pada persembahan pertamanya, Hazama yang membawakan lagu Pukau, nyanyian asal Tomok, persembahan yang begitu berbeza dengan teman-teman finalisnya yang lain, Hazama membuka persembahan itu dengan satu vedio klip yang hebat!

Hazama AF9 Juara Terakhir
 Gambar Hazama AF9 Dijulang Juara Terakhir Akademi Fantasia

Beralih kepada lagu kedua, Hazama sekali lagi membawa kelainan dengan menyanyikan lagu, Cinta Teragung dengan bantuan pemuzik di belakangnya.

Hazama sememangnya mempunyai bakat yang besar, malah tidak dinafikan juga Hazama mempunyai aura yang besar, biarpun ianya tidak sebesar aura Mawi pada tahun 2005 yang lalu, namun kelebihan yang diterima Hazama sedikit sebanyak membantu persembahan Hazama pada malam itu.

Berbalik pada finalis lain, apa yang mereka persembahkan di lihat biasa-biasa sahaja, malah penggunaan prop piano yang digunakan oleh Lena turut digunakan oleh Azri pada persembahan berikutnya.

Tapi itu semua sudah berakhir, yang pasti tiada lagi AF selepas ini, sama ada wajar atau tidak ia di tutup itu semua bergantung pada pihak Astro.

Info Menarik Sepanjang Peristiwa AF9 Berlangsung.

1) Biarpun ini merupakan konsert penutup dan terakhir buat AF, namun ia juga sebenarnya diadakan buat kali pertama di kawasan terbuka iaitu di Dataran Putrajaya. Sebelum ini, konsert terakhir AF hanya dibuat dikawasan tertutup iaitu di Stadium Putra Bukit Jalil untuk AF2 hingga AF8, manakala AF1 diadakan di Dewan Wawasan, Cheras.

2) Sebagai konsert konsert penutup juga, pentas dikemudi oleh Aznil Hj Nawawi dan dibantu oleh tiga bekas pengacara AF yang lain seperti Jimmy Shanley, Sarimah Ibrahim dan AC Mizal. Keempat-empat mereka menghangatkan pembukaan majlis dengan mendendangkan sebuah lagu, dan yang menariknya, Jimmy terpaksa membawa kertas lirik kerana tidak hafal lagu tersebut.

3) Sinonim dengan kejutan, konsert penutup ini juga tidak terlepas daripada perkara ini. Kemunculan Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan seorang mamat Bangladesh tidaklah begitu mengejutkan, tetapi usaha mereka ini wajar juga diberikan tepukkan.

Hazama AF9 Artis Mee Segera
 Adakah Hazama AF9 Akan Jadi Artis Realiti Mee Segera?

4) Kemunculan semula juara-juara AF yang lepas sedikit sebanyak mengubat rindu peminat terhadap mereka, namun kemunculan mereka juga menimbulkan tanda tanya, adakah juara baru AF9 ini bakal mengalami nasib  sama dengan juara-juara lama, yang hanya muncul sewaktu program Astro diadakan.

5) Juara AF8, Shahir, satu-satunya juara yang tidak hadir dan tidak membuat persembahan pada malam itu, kerana tidak sihat.

6) Aksi Azri berdiri di atas piano mendapat kritikan hebat daripada pengkritik jemputan, Datuk Ramli MS, kerana dianggap biadap. Memijak piano dianggap satu perbuatan biadap oleh para pemuzik, namun pihak Astro telah meminta maaf di majlis sidang akhbar selepas konsert berlangsung.

7) Ramai peminat dirumah merungut kerana sistem audio yang tidak memuaskan. Beberapa persembahan tidak dapat dihayati dengan baik kerana masalah audio yang teruk. Pihak Astro juga meminta maaf atas masalah kritikal itu dan berjanji akan memperbaiki lagi mutu teknikal mereka untuk konsert-konsert di kemudian hari.

8) Pentas AF juga dianggap unik kerana ia boleh di lihat di setiap sudut kerana ia direka untuk pandangan 360 darjah.

9) Kemenangan Hazama memang sudah dijangka, dan yang menariknya penyokong Hazama sudah berdiri dan menju ke pentas sebelum Hazama diumumkan sebagai pemenang. Syabas Hazama!

10) Hazama adalah peserta yang mendapat undian tertinggi dan jauh meninggalkan peserta yang lain iaitu sebanyak 45% berbanding Lena 28%. Hal ini sama dengan apa yang berlaku pada juara AF3, Asmawi Ani yang mana markahnya jauh meninggalkan peserta lain pada ketika itu. 

Amy Search Pengetua AF9
 Gambar Amy Search - Pengetua AF9

11) Baju milik pengetua AF9, Amy Search bersinar-sinar. Ia di buat khas oleh Rizman Ruzaini menggunakan rekaan Nourish (isteri Amy). Rizman Ruzaini hanya diberi masa tiga hari untuk menyiapkan baju bertatah berlian itu, dan ternyata mereka mampu melakukannya.

Kredit Info: ManggaOnline. Klik Sini - Usop Wilcha Jadi DJ Hot FM!

P/s: Best kan info-info menarik sepanjang peristiwa yang berlaku di Konsert akhir AF9? Kemenangan Hazama semestinya telah dirancang disebabkan peserta-peserta lain kurang memberi saingan yang sengit. Bak kata Ramli MS "Hazama meninggalkan peserta lain 3 - 4 tiang".

 ~Info Menarik AF9 - Kemenangan Hazama Telah Dirancang ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Info Menarik AF9 - Kemenangan Hazama Telah Dirancang By Mohd Rohaizad. Published: 14.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...