CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Iqram Dinzly & Fouziah Gous Bakal Berkahwin Tahun ini?


Betul Ke Iqram Dinzly & Fouziah Gous Bakal Berkahwin Tahun ini?

Hubungan rapat antara dua pelakon popular ini sememangnya bukan satu rahsia lagi, baik di kalangan artis ataupun orang sekeliling mereka semua sudah sedia maklum dengan kemesraan pasangan ini.

Kelibat mereka berdua memang sukar untuk dipisahkan, bahkan sejak dari dahulu, di mana sahaja adanya wanita bernama, Fouziah Gous, di situ juga ada Iqram Dinzly, ini kerana mereka berdua kerap menghadiri majlis-majlis besar bersama-sama.

Iqram Dinzly dan Fouziah Gous Masih Bersama

Namun itu semua cerita dahulu, mereka berdua seakan sudah membawa haluan masing-masing. Biarpun kenyataannya mereka masih lagi mengekalkan hubungan sahabat ini, namun, menurut Iqram dia terpaksa berbuat demikian untuk memastikan hubungan itu tidak putus ditengah jalan.

"Kami selalu tidak bertegur siapa, kadang kala sampai sebulan lamanya. Saja kami buat sedemikian sebab tak terlalu banyak sangat berkomunikasi, ia akan mendatangkan pergaduhan.

Iqram Dinzly Fouziah Gous
 Gambar Iqram Dinzly dan Fouziah Gous Pasangan Mesra

"Sudah lama kami berkawan, jadi bohonglah kalau tiada langsung perasaan padanya, tapi saya tak boleh teruskan sebab tak mahu hubungan persahabatan ini terputus hanya kerana ada perasaan-perasaan sebegini.

"Bukan sengaja mahu menjauhinya, saya hanya tidak mahu bayang Fouziah Gous ada dalam diri saya. Tak dinafikan, bayangan itu juga ada kalanya menyebabkan orang takut untuk mendekati saya.

"Orang akan bertanya sama ada saya bercinta ataupun tidak dengannya biarpun sudah saya katakan kami hanya bersahabat, jadi mungkin itu juga jadi penyebab saya belum lagi bertemu jodoh sekarang ini,"jelas Iqram yang melakonkan watak suami kepada Fouziah  Gaus dalam filem, Rasuk.

Ibu Iqram Dinzly Carikan Isteri

Menjengah ke usia 30 tahun pada 29 September ini, jelas Iqram dia mempunyai masa dua bulan lagi untuk mencari bakal isterinya sendiri. Dan sekiranya tiada dalam tempoh itu, dia dengan rela hati menyerahkan kuasa pada ibunya untuk memilih mana-mana gadis yang di rasakan sesuai untuk dirinya.

"Dua bulan lagi usia saya akan genap 30 tahun, ini bermakna saya ada masa dua bulan untuk mencari calon isteri yang sesuai.

Iqram Dinzly Seksi
 Gambar Iqram Dinzly Buat Peminatnya

"Sekiranya tidak ada juga, saya putus asa dan serahkan sepenuhnya pada ibu saya. Saya terima apa sahaja yang dia rasakan sesuai dengan  diri saya ini.

"Saya akui sukar untuk mencari kekasih, buktinya sehingga sekarang saya masih belum menjumpainya,"luahnya.

Iqram Dinzly dan Fouziah Gous Pelakon Utama Fiem Rasuk

Bakal muncul dengan filem terbaru, Rasuk, ini merupakan kali pertama Iqram Dinzly menjadi pelakon utama dan bergandingan dengan Fouziah Gous sebagai suami isteri.

"Saya sudah banyak kali berlakon bersama Fouziah, namun ini kali pertama kami digandingkan sebagai suami isteri.

"Perkara yang paling sukar dilakukan adalah sewaktu babak saya merangkul Fouziah yang kejang kerana dirasuk syaitan. Waktu itu Fouziah mengejungkan badannya dan saya terpaksa memegang kuat sambil membaca ayat Kursi,"jelasnya lagi.


P/s: Adakah Iqram Dinzly dan Fouziah Gous akan berkahwin tidak lama lagi? Dah melewati umur 30 tahun, Fouziah Gous pun dah 29 tahun, kemesraan mereka berdua sering menjadi bualan gosip disebabkan sering nampak rapat bersama sehingga kini.

~ Iqram Dinzly & Fouziah Gous Bakal Berkahwin Tahun ini? ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Iqram Dinzly & Fouziah Gous Bakal Berkahwin Tahun ini? By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...