CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Irma Hasmie Bekas Kekasih Nabil Raja Lawak - Diamkan Diri


Betul Ke Irma Hasmie Bekas Kekasih Nabil Raja Lawak Mendiamkan Diri?

Bara cinta Irma Hasmie dan Nabil Raja Lawak sudah berakhir dan masing-masing membawa haluan hidup sendiri.

Tambahan pula, Irma Hasmie 29 tahun, kini tampil dengan imej bertudung dan mula merapatkan diri dengan unsur islamik yang lebih bersifat kerohanian dan ketuhanan.

gambar irma hasmie cun bertudung
 Gambar Irma Hasmie Bertudung

Bagaimanapun, khabar terbaharu, Irma dikatakan mula mendekatkan diri dengan seorang pelakon baharu yang namanya semakin meniti di bibir peminat sejak kejayaan filem Seru awal tahun ini.

Apatah lagi ada peminat yang terserempak dengan pasangan tersebut di sebuah pusat beli-belah di pinggir kota Kuala Lumpur dalam keadaan mesra dan akrab melebihi sekadar sahabat.

Baru-baru ini, kami sempat bertemu dengan Irma Hasmie di pekarangan Masjid Negara sempena Karnival Inovasi Islam dan meminta penjelasan berhubung perkara itu.

Anda dikatakan pernah keluar dengan seorang pelakon baharu yang semakin melonjak naik namanya sedangkan pelakon lelaki itu sudah berpunya, adakah benar dakwaan ini?

Itu hanya khabar angin dan akan membuang masa saya. Pastinya kita tidak boleh elak orang bercakap mengenai kita dan saya sudah puas menghadapi perkara peribadi sebelum ini. Adakah Irma menafikan dakwaan tersebut?

Saya tak nak ulas lanjut mengenai isu ini, sebab saya tak mahu perkara ini digembar-gemburkan dan menjadi fitnah kepada saya dan individu yang terlibat.

gambar shaanaz kekasih irma hasmie
 Gambar Shaanaz Kekasih Irma Hasmie?

Apakah status Irma terkini, adakah sudah mempunyai pengganti Nabil atau masih menunggu jodoh ?

Status saya masih lagi solo dan belum berniat mencari pengganti. Kalau betul-betul sudah ada ia akan diuar-uarkan kepada semua pihak seperti yang disyariatkan dalam Islam untuk mengelakkan terjadi fitnah.

Apakah kriteria jejaka idaman Irma?

Seperti yang digalakkan dalam agama Islam, calon pasangan hidup mesti dipilih berdasarkan agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya. Tapi saya hanya inginkan seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Pernahkah Irma didekati mana-mana lelaki sebelum ini?

Ada juga yang cuba mendekatkan diri dengan saya dan pastinya bukan daripada golongan artis atau selebriti.
Apakah sasaran baru Irma sekarang?

Apa yang sepatutnya dibawa sebagai bekalan ke akhirat itulah yang saya cari, kadangkala saya tertanya-tanya kenapa selama 28 tahun hidup, sebelum ini saya tidak pernah sedar akan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. Selebriti juga boleh menyampaikan dakwah dengan cara tersendiri dan pendidikan sedemikian yang saya terapkan sekarang.

Pernahkah Irma menolak berlakon filem atau drama?

Saya ada menolak berlakon dalam beberapa buah filem yang dirasakan kurang sesuai dan adanya adegan yang perlu saya buka tudung, tapi drama pertama saya Alauddin yang kini ditayangkan di TV Alhijrah masih menghormati prinsip saya.

Apakah watak Irma dalam drama Alauddin dan apakah cabarannya?

Saya membawakan watak Tun Senaja iaitu isteri kedua Sultan Alaudddin Riayat Shah (Sultan Melaka ketujuh) yang merupakan seorang talam dua muka dengan isteri pertama demi merebut cinta dan kasih sayang daripada baginda sultan. Cabaran besar saya adalah untuk membawakan perwatakan, lenggok badan, berpakaian dan bercakap seperti orang dahulu kala. Bagaimanapun, ia adalah satu pengalaman yang cukup mengujakan buat saya.

P/s: Irma Hasmie, sudah lama tidak dengar khabar. Bekas kekasih Nabil si Raja Lawak memang banyak menyepi selepas hubungan mereka terputus. Penulis harap Irma Hasmie mendapat cinta yang lebih baik daripada lelaki lain.


Irma Hasmie Bekas Kekasih Nabil Raja Lawak - Diamkan Diri

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Irma Hasmie Bekas Kekasih Nabil Raja Lawak - Diamkan Diri By Mohd Rohaizad. Published: 9.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...