CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isteri Tua Salih Yaacob Tidak Puas Hati Dengan Emi


Tahukah Anda Isteri Muda Salih Yaacob Lebih Menyerlah Daripada Madu-Madunya Yang Lain Sehingga Menimbulkan Rasa Tidak Puas Hati Tiga Isteri Tua.

Pelawak terkenal negara Malaysia, Salih Yaacob menyedari tiga isteri tuanya yang lain agak tidak puas hati dan kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25 tahun yang baru dikahwini lebih menonjol dan menyerlah daripada ketiga-tiga isterinya yang lain.

Menurut kenyataan Salih Yaacob, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46 tahun, Norraha Hamat, 42 tahun dan Norfara Wahida Sulaiman, 32 tahun, tidak meluahkan perasaan tersebut secara terbuka kepadanya tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu di dalam hati mereka.

Gambar Majlis Persandingan Salih Yaacob Emi
 Gambar Majlis Persandingan Salih Yaacob dan Samihah Sheikh Amy (Emi)

"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar pengetahuan mereka.

"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media wartawan yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih Yaacob yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.

Tambah Salih Yaacob lagi, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media wartawan hiburan.

Gambar Isu Tidak Puas Hati Isteri Salih Yaacob
 Gambar Salih Yaacob Menjelaskan Isu Tidak Puas Hati Tiga Isteri Tuanya

Persoalan kononnya Salih Yaacob mengamalkan “pilih kasih” terhadap isteri-isteri tuanya yang lain mulai timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan oleh pihak lain.

"Sebelum ini Norfara Wahida yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.

"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih Yaacon mengakhiri temubual bersama wartawan. -MStar.

Tengok Video Salih Yaacob Selesaikan Masalah Madu-Madunya - Lagu Gali Lubang Tutup Lubang.



Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis tahu mesti akan timbul masalah ketiga-tiga isteri atau madu Emi. Walaubagaimanapun, penulis percaya yang Salih Yaacob mampu menyelesaikan masalah atau isu tidak puas hati yang ditimbulkan oleh isteri-isteri tuanya. Nampak isteri muda Salih Yaacob lebih menyerlah daripada madu-madunya sebab pihak media wartawan lebih suka berita yang terbaru dan sensasi, tambah-tambah Emi kan muda sangat dibandingkan dengan lain kan? Agak-agak abang Salih Yaacob kita ini ada pakai ilmu apa-apa tak? Ilmu tenaga batin mesti power Salih Yaacob ni. Hehehe..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isteri Tua Salih Yaacob Tidak Puas Hati Dengan Emi By Mohd Rohaizad. Published: 30.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...