CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Artis Malaysia Bodoh Banggang Industri Hiburan Terkini


Isu Artis Malaysia Bodoh Banggang Industri Hiburan Terkini

Isu klip video yang dihasilkan oleh Gambit Saifullah nampaknya menjadi bualan penting dalam industri hiburan minggu ini. Saya sendiri pun hairan bila video berkenaan dihasil kononnya dengan tujuan untuk pasaran Amerika Syarikat (seperti yang dikatakan oleh Gambit sendiri).

Hmmm, layak untuk ke Amerika ke dik? Tak apalah, sekurang-kurangnya Gambit ada cita-cita besar, walaupun terpaksa mengecewakan banyak hati masyarakat dalam negara yang lebih pentingkan maruah dan jati diri daripada populariti ini.

Barangkali sebab pengarah dan pelakon dalam klip video itu adalah orang baru, maka mereka mahu ‘memanaskan’ nama yang tak berapa hendak panas tu. Itu tanggapan saya.

 Gambit Saifullah Harapkan Publisiti Murahan - Layak Ke Video Klip Masuk Pasaran Antarabangsa?

Tapi tolonglah, Malaysia ni negara yang penuh dengan keunikan. Banyak benda lain yang boleh dibuat. Setakat menari ghairah depan ‘peti sejuk’, bukan setakat Amerika, negara Ghana pun tak nak pandanglah.

Kalau seni jadi ukuran, sikit pun saya tak nampak seni yang dibanggakan itu.

Selain itu, satu isu lagi yang saya kurang puas hati adalah mengenai sikap ‘main-main’ beberapa artis kita dalam laman sosial.

 Liyana Jasmay & Fizz Fairuz Gedik Di Twitter - Gurau-Garau Manja Tidak Bertempat

Sebelum ini Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz yang membuat teman-teman media tak senang duduk apabila menghantar paparan mesej begitu personal di Facebook mereka.

Pengakuan mereka ‘bersayang’, ‘berdarling’ dan beberapa perkataan yang menggambarkan seolah mereka sedang asyik masyuk bercinta membuatkan banyak wartawan mencari.

Kalau bukan sebab kerja, saya pasti teman-teman wartawan bukan kuasa sangat pun hendak layan benda-benda tak mendatangkan faedah macam ini.

Tetapi akhirnya mereka memberitahu bahawa status itu hanya dengan tujuan suka-suka. Bukan bercinta pun, tetapi dibuat dengan tujuan untuk bergurau?

Alahai, cetek sungguh pemilihan cara bergurau artis zaman sekarang ya? Kalau tanya Amy Search, Awie, Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini pun, mereka tentu menangis mengenangkan gelagat ‘adik-adik’ yang baru nak naik dalam industri yang sudah sekian lama mereka duduki ini.

 Awal Ashaari Pun Nak Suka-Suka Di Facebook

Lagi satu, pasal Awal Ashaari yang cuba untuk bergurau dengan menukar status dirinya, juga di Facebook. Sebelum ini berstatus bujang, tetapi dua tiga hari lepas dia menulis sudah bertunang pula, tiba-tiba. Dan sekali lagi orang media kejar Awal pula nak tanya kesahihannya, dan jawapannya ‘saja, untuk suka-suka’.

Amboi, hidup-hidup Awal ‘tipu’ peminat dan media di laman FB sendiri. Boleh suka-suka pula ya, memang tidak bertanggungjawab.

Pada saya, laman FB sepatutnya digunakan oleh artis untuk hal dan tujuan yang baik-baik sajalah.

Tengok artis luar negara lain, macam mana dia guna FB untuk berkongsi benda baik-baik dengan peminat. Cerita tentang kerjaya, tentang keluarga dan hal-hal yang boleh beri manfaat saja. Mereka jauh sekali bergurau benda yang bukan-bukan dengan hasrat mahu naikkan saham.

Sebab itu mereka boleh maju sampai ke tua. Bukan popular sehari dua, sebabnya mereka menghargai orang lain disekeliling dan tak bersikap ‘bodoh sombong’.

Artis Malaysia Bodoh Sombong

Sebenarnya banyak juga artis lain yang mengangkat status pelik-pelik di laman sosial. Bergaduh pun ada juga dalam ruang yang boleh dibaca seluruh dunia tu. Mereka tak ada perasaan malu lagi dah.

Barangkali tujuan artis-artis mengangkat status pelik-pelik ini adalah untuk menguji sejauh mana media dan peminat akan tertipu dengan permainan mereka.

Fasha Sandha Pun Nak Heboh-Heboh Di Twitter Kes Hero Lewat

Kalau itu tujuannya, mereka memang sudah berjaya. Sekarang mungkin mereka boleh ketawa dengan sepuas-puas hatinya, silakan.

Tetapi selepas ketawa besar itu, tolonglah fikirkan semula apakah mereka puas hati kerana dapat ‘mempermain-mainkan’ orang lain? Apa yang mereka dapat dengan cara ‘gurauan’ yang tak berfaedah seperti ini? Apakah begini cara artis kita berfikir?

Media dan peminat pun bukannya bodoh sangat. Tetapi sebab yang melakukannya artis, baik ke buruk ke, kenalah beri perhatian juga walaupun dari awal sudah tahu akan kena ‘propa’.

Pada kesempatan ini juga, saya hendak juga berpesan pada rakan-rakan media yang lain. Tak payahlah nak sibuk kejar golongan artis yang guna taktik kurang cerdik macam ini lagi.

Jangan dilayan orang yang tak berapa cerdik sebab akhirnya kita pun jadi kurang cerdik. Biasanya orang macam ini saja nak dapat publisiti percuma.

Ada kawan saya kata, kalau artis yang sudah cukup populariti, cukup glamor, dia takkan buat benda sia-sia macam ini. Bila artis yang suam-suam kuku buat kerja takda faedah macam ni, kita tahulah sebab musababnya. Kalau bukan nak panaskan nama sendiri, untuk apa? - Utusan.

P/s: Penulis menyokong penuh kenyataan media yang muak dengan artis-artis Malaysia yang bodoh lagi banggang dalam industri hiburan terkini. Semua nak publisiti murahan, best ke naik nama macam itu?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Artis Malaysia Bodoh Banggang Industri Hiburan Terkini By Mohd Rohaizad. Published: 5.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...