CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Ayahanda Abang Long Pekida Filem Selesai


Betul Ke Isu Ayahanda Abang Long Pekida Filem Telah Selesai Dengan Berdamai Semasa Majlis Kesyukuran & Musyawarah?

Kemelut yang melanda syarikat penerbitan Skop Production dan Pekida selesai secara aman damai dalam satu majlis kesyukuran dan musyawarah yang diadakan di Restoran Haslam, Kuala Lumpur malam tadi.

Datuk Yusof Haslam dalam ucapannya membuat deklerasi bahawa pihaknya tidak pernah berniat mempersendakan pertubuhan Pekida itu melalui filem box office arahan anaknya Shamsul Yusof, KL Gangster yang menimbulkan rasa tak puas hati oleh pihak Pekida.

"Saya tiada masalah merendahkan diri menyusun jari sepuluh memohon maaf sekiranya apa yang telah berlaku menyentuh hati pihak Pekida," kata Datuk Yusof Haslam dalam majlis kesyukuran itu.

Gambar Majlis Kesyukuran Skop Production Bersama Pekida
 Gambar Yusof Haslam Memohon Maaf Di Majlis Kesyukuran Skop Production

Selesai ucapan kedua-dua pihak dalam majlis kesyukuran yang turut terbuka kepada media itu, mereka saling bersalam-salaman tanda tiada sengketa di antara mereka. Malah Datuk Yusof Haslam juga membuat akujanji membuat penelitian lebih rapi kepada prekuel filem itu yang juga akan diarahkan oleh Shamsul Yusof.

Isu Pekida itu timbul apabila perkataan Ayahanda, Abang Long dan beberapa gelaran yang digunakan dalam beberapa dialog filem itu yang dirasakan menyentuh sensitiviti pertubuhan Pekida. Gelaran tersebut antara pangkat yang digunakan dalam pertubuhan itu.

"Saya tak tahu sangat pasal gelaran dalam Pekida ini, kalau saya tahu, sayalah orang pertama yang akan menapis dan menghalang ia digunakan dalam filem KL Gangster.

"Saya difahamkan ada juga individu yang terlibat dalam filem itu yang juga ahli Pekida, tapi mereka juga tidak membuat teguran semasa penggambaran filem dijalankan," kata Datuk Yusof Haslam.

Gambar Isu Pekida Ayahanda Abang Long Selesai
 Gambar Ayahanda Pekida - Isu Filem Guna Kata Kod Rahsia Selesai

Sementara itu Shamsul Yusof pula turut meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan filemnya. Dia juga mengakui kurang peka kepada sensitiviti pihak lain semasa mengarah filem itu.
"Kejadian ini memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati terutamanya perkara yang membabitkan isu sensitif. Saya akui saya kurang peka kerana tidak pernah terfikir ia menyentuh hati pihak lain.

"Saya berjanji tak akan guna lagi perkataan yang menyentuh hati mereka. Sebenarnya semasa awal-awal isu ini dibangkitkan, saya sudah bersedia meminta maaf kerana saya bukannya berniat untuk mempersendakan mana-mana pihak.

"Bila bapa saya mengaturkan majlis ini, saya sangat bersyukur sebab kalau kita membuat kenyataan demi kenyataan kepada media, saya takut perkara ini akan jadi lebih rumit," kata pengarah filem yang bakal mencatatkan sejarah kutipan terbanyak industri filem hujung minggu ini.

Tengok Video Youtube Majlis Perdamaian Pekida Dengan Pengarah Yusof Haslam




KL Gangster dijangka mengutip lebih RM12 juta menjelang hujung minggu ini. Sehingga hari ini kutipannya melebihi RM8 juta. Sasaran itu hampir menjadi realiti berdasarkan sambutan semasa yang masih memberangsangkan.

Filem lakonan Shamsul Yusof, Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan dan Sheera Iskandar itu mendapat pujian ramai kerana konsep yang dipersembahkan. Walaupun tanpa adegan cinta, filem aksi itu tetap mendapat sambutan.

Ditembak sama ada isu ketidakpuasan hati Pekida antara yang meningkatkan lagi kutipan filemnya, Shamsul Yusof segera mengelak kerana tidak mahu kenyataannya disalahfaham.

"Sekarang kami baru menyelesaikan satu masalah, jadi saya tak mahu menyentuh lagi pasalnya kerana tak mahu isu lain pula yang bakal timbul pula," kata Shamsul Yusof mengelak daripada memberi jawapan.


Komen mohdrohaizad.co.cc - Baguslah kalau dah berdamai berhubung dengan isu filem menggunakan kod rahsia Pekida selesai cara elok. Walaubagaimanapun, bagi penulis isu Ayahanda Abang Long PEKIDA telah mengesahkan yang mereka ini memang dah lari dari landasan perjuangan yang sebenar terutamanya ahli-ahli bawahan mereka masih hitam dengan gangsterisme dan samseng, berjaya ke langkah pemutihan yang dibuat Pekida? Tambah-tambah lagi sekarang Pekida dah gila glamor ke?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Ayahanda Abang Long Pekida Filem Selesai By Mohd Rohaizad. Published: 23.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...