CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Elaun Pengerusi, Setiausaha JKKKP Dihentikan Ketua UMNO


Betul Ke Isu Elaun Pengerusi, SU JKKKP Dihentikan Ketua UMNO Pokok Sena?

Menurut berita yang diterima, seramai 18 pengerusi dan setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pokok Sena kecewa dengan tindakan ketua Umno bahagian itu yang didakwa menghentikan elaun bulanan mereka tanpa alasan kukuh sejak Januari lalu.

Wakil kumpulan JKKKP M Zani Morad, 61 tahun, berkata pemberhentian elaun itu melibatkan pengerusi dan setiausaha pengerusi JKKKP di Kampung Baru, Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong, Padang, Tok Keling, Batu 3 Jalan Langgar, Mata Air, Taman Seri Kota dan Taman Pertama di Pokok Sena.

Zani, yang merupakan pengerusi JKKKP Kampung Baru sejak 2009, memberitahu pemberita bahawa elaun mereka dihentikan kononnya kerana mereka tidak menyokong ketua Umno bahagian itu, Datuk Ahmad Lebai Sudin selain kerana ada antara mereka dituduh sebagai pengedar air ketum.

"Tuduhan ini sangat melampau dan langsung tidak berasas," kata Zani.

Gambar Pengerusi JKKKP Pokok Sena Isu Elaun
Gambar Pengerusi JKKKP Pokok Sena - Isu Elaun DiBerhentikan Ketua UMNO Bahagian

Pengerusi JKKKP Batu 18 Kampung Bukit, Ramli Enoi, pula berkata beliau sangat terkilan dengan tindakan terbabit dan berharap pemimpin atasan Umno segera turun padang untuk menyiasat.

"Sudah 51 tahun saya berkhidmat dalam Umno dan dah jadi pengerusi JKKKP lebih 20 tahun, selama ini saya bertugas dan berjuang dengan ikhlas dalam Umno, dan demi kepentingan Umno, pemimpin atas kena turun ke bawah.

"Sekiranya perkara ini tidak diatasi, kita tidak akan dapat menawan semula negeri ini daripada Pas sebab sebelum ni pun kita kalah kerana kita sendiri, bukan sebab parti politik lain," kata Ramli Enoi.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berharap JKKKP berkenaan bersabar dan bertenang kerana perkara itu melibatkan banyak pihak dan akan mengambil masa untuk diselesaikan.

"Saya melihat perkara ini sebagai isu teknikal yang boleh diselesaikan," kata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengakhiri perbualan. -Bernama.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis terkejut jugalah yang isu elaun pengerusi, setiausaha JKKKP boleh dihentikan dengan arahan ketua UMNO bahagian masing-masing. Adakah disebabkan tidak memberi sokongan terus dihentikan elaun sewenang-wenangnya, kan JKKKP mempunyai kelayakan untuk menerima elaun selagi memegang jawatan? Ke memang syarat baru, tidak sokong UMNO tiada elaun? Ke Ketua UMNO bahagian nak telan duit JKKKP sekaligus?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Elaun Pengerusi, Setiausaha JKKKP Dihentikan Ketua UMNO By Mohd Rohaizad. Published: 23.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...