CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Hari Seniman: Rais Yatim Habiskan RM100 Juta Sehari


Betul Ke Isu Hari Seniman: Rais Yatim Habiskan RM100 Juta Sehari?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Hari Seniman - Projek Mee Segera Kerajaan

Lim Guan Eng berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Rais Yatim Isu Hari Seniman
 Gambar Rais Yatim - Belum Perjelas Isu Hari Seniman

“Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.

Rakyat Malaysia Terkejut Perbelanjaan Hari Seniman RM100 Juta

“Rakyat Malaysia dikejutkan oleh suatu laporan media Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Adakah Laporan Bernama Tidak Benar Berhubung Isu Hari Seniman 

Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada laporan Bernama itu tepat dalam memetik jumlah sebesar itu yang dibelanjakan untuk acara berkenaan.
Lim Guan Eng Isu Hari Seniman
Gambar Lim Guan Eng - Isu Hari Seniman Membazirkan Dana Rakyat

“Kami mengesyaki laporan Bernama itu palsu dan Rais Yatim harus menjelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan.

“Adalah sukar untuk mempercayai kerajaan boleh memperuntukkan RM100 juta untuk Hari seniman 2011 apabila 27 juta rakyat biasa Malaysia menanggung kenaikan harga kerana potongan subsidi kerajaan BN," katanya.


P/s: Penulis terkejut apabila timbul Isu Hari Seniman ini, Rais Yatim habiskan separuh duit bajet dalam masa sehari iaitu sebanyak RM100 juta. Urut dada ini, duit sebanyak itu sewajarnya diberikan kepada pelajar miskin yang hendak menyambung pelajaran di IPTA, banyak lagi masalah rakyat boleh diselesaikan dengan wang sebanyak itu. Pada pendapat penulis, tidak wajar duit sebanyak itu dibelanjakan ke atas majlis hari Seniman yang tidak seberapa gah itu. Macam-macamlah orang politik ini membazirkan wang rakyat.

- Isu Hari Seniman: Rais Yatim Habiskan RM100 Juta Sehari -

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Hari Seniman: Rais Yatim Habiskan RM100 Juta Sehari By Mohd Rohaizad. Published: 12.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...