CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kelab Isteri Taat Timbul Kontroversi - Al-Arqam Ikhwan Global


Betul Ke Isu Kelab Isteri Taat Timbul Kontroversi Bimbang Salahguna Oleh Al-Arqam Ikhwan Global?

Isu semasa yang hot, Kelab Isteri Taat cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej 'taat' kepada golongan isteri dengan cara yang salah.

Kelab Isteri Taat Malaysia
 Gambar Logo Kelab Isteri Taat Malaysia - First Class

"Kalau saya tidak salah, mereka adalah cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global.

Mashitah Ibrahim Pertikai Kewujudan Kelab Isteri Taat

"Justeru saya menduga bahawa kumpulan ini dikendalikan oleh suami mereka dan boleh menghantar mesej yang salah kepada golongan isteri mengenai ketaatan kepada suami mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kota Baru di sini, Jumaat.

Katanya kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan.

mashitah ibrahim hot seksi
 Gambar Dr Mashitah Ibrahim Semakin Hot Terkini

"Saya bimbang, mana-mana saya pergi pun istilah taat. Contoh pinang isteri kedua, istilah taat itu digunakan oleh golongan suami untuk meminta isterinya meminang isteri kedua dengan alasan jika isteri mengingkarinya maka ia akan dilabelkan sebagai tidak taat, ia akan menjadi senjata sebenarnya untuk putarbelitkan sebahagian daripadanya.

"Ini semacam dari isyarat yang salah yang akan membingungkan masyarakat," katanya.

Kelab Isteri Taat Pesan Layan Suami Seperti Pelacur Kelas Pertama

Baru-baru ini, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

dr rohaya mohamed kelab isteri taat
 Gambar Dr Rohaya Mohamed - Naib Presiden Kelab Isteri Taat

Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Mashitah meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.

Kelab Isteri Taat Kena Rahsiakan Hubungan Seksual Suami Isteri

Mashitah berkata, hubungan seksual suami dan isteri adalah rahsia serta tidak perlu dikongsi dengan pihak luar kerana ia adalah fitrah manusia.

"Kenyataan mereka menyebut tentang kepuasan hubungan seksual, mereka hendak ajar bagaimana mendatangi suami tetapi pada saya hubungan suami adalah rahsia tidak boleh dipecahkan kepada orang luar," katanya.


P/s: Isu Kelab Isteri Taat memang panas mencetus timbulnya kontroversi sebab ditubuhkan oleh cabang kumpulan Al-Arqam melalui Ikhwan Global. Ramai yang bimbang kelab Isteri Taat akan meyalahgunakan perkataan & maksud TAAT kaum isteri terhadap suaminya. Betul ke? Pada pendapat penulis, tidak salahnya kelab Isteri Taat cuma aktiviti & kontroversinya menimbulkan isu sensitiviti ke atas umat Islam kerana ia lebih tertumpu kepada isteri-isteri muslim yang taat kepada suami masing-masing hatta berpoligami sampai empat.

Isu Kelab Isteri Taat Timbul Kontroversi - Al-Arqam Ikhwan Global

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kelab Isteri Taat Timbul Kontroversi - Al-Arqam Ikhwan Global By Mohd Rohaizad. Published: 10.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...