CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Lei Chu Diharamkan Islam - Permainan Judi Fun Fair


 Betul Ke Lei Chu Diharamkan Islam Sejenis Permainan Judi Di Fun Fair?

Umat Islam di Sarawak diharamkan bermain sejenis permainan di `fun fair' yang dikenali sebagai 'lei-chu'. Arahan pengharaman itu dikeluarkan Mufti Negeri, Kipli Yassin, 27 Mei 2011 lalu.

Ahmad Sukarno Saini/Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama JAIS.

Permainan Lei Chu Beradu Nasib Adalah Haram

"Selepas ini kita minta orang Islam semua maklum bahawa permainan beradu nasib seperti ini memang tidak bolehlah.  

Memang kita akan maklumkan surat daripada Mufti ini kepada pihak berkuasa tempatanlah MBKS dulu, maknanya mana-mana operator yang operate kena ada kebenaran lesen judilah."
LeiChu Diharamkan Islam
Gambar JAIS Haramkan Permainan LeiChu Di Fun Fair Sarawak

Lei chu atau ping pong bewarna sejenis permainan mempertaruhkan air tin minuman. Pemenang akan mendapat air tin yang boleh ditukarkan kepada wang tunai.
Ia mula mendapat perhatian orang ramai awal bulan lalu.

Isu Lei Chu Timbul Unsur Perjudian

Pengharaman itu ekoran permainan itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian. Menurut Ahmad, pihaknya akan memantau permainan di `fun fair' yang berkonsepkan 'tikam dan menang'.

Umat Islam yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak 2001.

Sabit kesalahan boleh didenda RM3000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

P/s: Bagi penulis apa jua benda yang dipertaruhkan meskipun di dalam permainan dianggap judi sepertilah tikam nombor ekor ya. Oleh itu, Lei Chu sememangnya wajar diharamkan oleh pihak majlis agama Islam kerana permainan ini berunsur judi di fun fair. Kepada orang ramai terutamanya yang beragama Islam hendaklah mengambil berat berkenaan isu Lei Chu ini ya, jangan terjebak ke dalam kancah perjudian yang kadang-kala kita dikaburkan dengan keseronokkan untuk berhibur.

Lei Chu Diharamkan Islam - Permainan Judi Fun Fair

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Lei Chu Diharamkan Islam - Permainan Judi Fun Fair By Mohd Rohaizad. Published: 10.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...