CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Nooryana Najwa: Najib Risik Anak Kahwin Di Kazakhstan


Betul Ke Isu Nooryana Najwa: Najib Risik Anak Kahwin Di Kazakhstan?

Berhubung dengan isu lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Isu timbul apabila Nooryana Najwa bakal berkahwin dengan seorang anak pegawai kerajaan Kazakhstan, disebabkan itu Najib Rosmah pergi melawat sambil merisik bakal menantu mentuanya di sana.

Sambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.
najib rosmah merisik anak kazakhstan
 Gambar Najib Rosmah Di Kazakhstan

Najib Didakwa Salahguna Wang Rakyat Pergi Merisik Bakal Menantu Kazakhstan

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

Nooryana Najwa Bakal Berkahwin Anak Pembesar Kazakhstan

Anak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Khairy Jamaluddin Pertahan Najib
Gambar Khairy Jamaluddin Pertahan Tindakan Najib Rosmah


Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

Khairy Jamaluddin Pertahan Tindakan Najib

Khairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dr Dzulkefly PAS
Gambar Dr Dzulkefly - PAS

Dzulkefly (gambar atas) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.

P/s: Masakan pokok bergoyang tanpa tiada angin? Nooryana Najwa Najib bakal berkahwin dengan salah seorang anak pembesar Kazakhstan. Harap-harap janganlah boros & bazirkan wang rakyat ya. Penulis & ramai rakyat Malaysia masih terasa kenaikan harga barang & petrol serta semuanya almaklumlah penulis bukan orang senang.


Isu Nooryana Najwa: Najib Risik Anak Kahwin Di Kazakhstan @ mohdrohaizad.co.cc

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Nooryana Najwa: Najib Risik Anak Kahwin Di Kazakhstan By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...