CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pekida Lariskan Kutipan Tiket KL Gangster - Taktik Skop Production


Betul Ke Isu Pekida Lariskan Kutipan Tiket KL Gangster Merupakan Taktik Kotor Skop Production?

Tahukah anda yang filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng  gengster "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutipan tiket KL Gangster di pawagam.

Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia.

Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Filem KL Gangster Pekida
KL Gangster Membongkar Gejala Samseng Pekida Ibu Kota

Isu Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul Yusof kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda" yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.

"Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang."

Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan.

KL Gangster Tiru Samseng Hong Kong


Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial.

Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul.

Adegan Lawan KL Gangster Nampak Real Tidak Dibuat-Buat

Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat.

Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme.

Cinta KL Gangster Hanya Sekadar Penyedap

KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara.

Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu.

Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng.

Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik.

Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap.

Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan.

Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan. -MalaysiaKini.


P/s: Mengenai isu Pekida yang tiba-tiba hendak saman penerbit filem KL Gangster dan Kongsi iaitu Yusof Haslam dan David Teo, namun tiba-tiba bertukar kepada permohonan maaf serta seterusnya berdamai. Tidakkah ini menimbulkan keraguan buat anda? Adakah Pekida turut bersengkongkol dalam melariskan jualan kutipan tiket bagi filem tersebut? Lagi membuatkan penulis tertarik ialah apakah benar Pekida kini sudah menjadi pertubuhan GANGSTER samseng orang Melayu? Pada pendapat penulis, Pekida sememangnya sudah lari dari landasan objektif sebenarnya mereka dan ia telah dibuktikan sendiri oleh Pekida yang cuba untuk menafikan kebenaran bukti ramai pihak di luar sana. Apakah sumbangan dakwah Pekida kepada orang Melayu Islam?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pekida Lariskan Kutipan Tiket KL Gangster - Taktik Skop Production By Mohd Rohaizad. Published: 18.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...