CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pekida Saman: David Teo & Yusof Haslam Masalah Remeh


Betul Ke Isu Pekida Saman: David Teo & Yusof Haslam Hanya Anggap Masalah Remeh?

Di sidang akhbar media, penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Penerbit Skop Productions, Yusof Haslam menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.

isu pekida yusof haslam
 Gambar Yusof Haslam Perjelas Isu Pekida Saman

"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.

"Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan seperti Pekida.

"Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya.

 Isu Saman Pekida - David Teo, Filem Kongsi Hanya Rekaan

Sementara itu, penerbit Metrowealth Movies Production yang menerbitkan filem Kongsi, David Teo berkata, filem arahan Farid Kamil itu dihasilkan atas tujuan hiburan dan bukan untuk mempersendakan mana-mana pihak termasuklah Pekida.

"Filem Kongsi hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak pun. Kita sama sekali tiada niat untuk mempersendakan mana-mana individu menerusi tema yang di paparan.

isu pekida saman david teo
 Gambar David Teo Tidak Mengakui Penggunaan Kod Rahsia Pekida

"Hakikatnya, isu gengsterisme berlaku di mana-mana negara atau bangsa pun dan bukan merujuk kepada pertubuhan tertentu.

"Ia tidak sepatutnya menjadi isu saman tetapi saya tidak boleh kata apa kerana itu hak mereka (Pekida). Cuma, kalau isu ini timbul lebih awal, pasti ia akan lebih membantu publisiti Kongsi," katanya.

Pekida Saman David Teo & Yusof Haslam

Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan iaitu Yusof Haslam dan David Teo kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

P/s: Saman ja la Pekida, boleh semua masyarakat Malaysia tahu kod-kod rahsia tersebut sekali dengan penggunaan kod-kod sulit tersebut. Bukan rahsia lagi, filem drama gangster Malaysia dah tahu semua kod-kod rahsia malah mengakui hanya rekaan mereka sendiri. Yusof Haslam & David Teo TAK TAKUT & GENTAR dengan GANGSTERISME PEKIDA tu.


Isu Pekida Saman: David Teo & Yusof Haslam Masalah Remeh

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pekida Saman: David Teo & Yusof Haslam Masalah Remeh By Mohd Rohaizad. Published: 10.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...