CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pelatih Bomba Wanita Kena Botakkan Kepala


Betul Ke Isu Pelatih Bomba Wanita Kena Botakkan Kepala?

Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa bercampur geram apabila tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau dan 18 pelatih perempuan yang lain ketika mereka mendaftarkan diri menjalani latihan kursus di kem bomba itu, 2 Mei 2011 yang lalu.

Hizyaty Othman berumur 28 tahun, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, berkata Hizyaty Othman amat terkejut dengan tindakan membotakkan rambut pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus bomba yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi bomba itu.

Bomba Buat Peraturan Botakkan Kepala

"Peraturan dalam surat yang diterima saya hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan kursus bomba.

"Saya terkejut melihat pelatih wanita dibotakkan seperti pelatih lelaki dalam sebuah bilik gunting rambut dan saya terus lari mengadu kepada kakak saya, Hazliza, yang berada di tempat pelawat," kata Hizyaty Othman kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hizyaty Othman berkata bahawa pada mulanya dia dan pelatih lain enggan berbuat demikian tetapi memandangkan ingin mendapatkan pekerjaan dan faktor umur yang semakin meningkat, beliau terpaksa berbuat demikian.

Gambar Isu Pelatih Bomba Wanita Kena Botak Kepala
Gambar Pelatih Bomba Wanita Kena Botak Kepala

Bapanya, Othman Long, 63 tahun, berkata beliau hanya menyedari mengenai perkara itu setelah sampai di pekan Baling setelah diberitahu isterinya Hizan Abu Bakar, 56 tahun, dan anak keduanya, Hazliza, 30 tahun.

"Saya amat terkejut dengan kejadian itu. Sepanjang saya bertugas dalam badan beruniform, pelatih perempuan hanya digunting rambut hingga pendek dan bukannya sampai botak," kata pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu.

Othman Long, yang kecewa dengan tindakan pihak terbabit, bertindak mengeluarkan anaknya daripada akademi bomba itu keesokan hari.

Laporan Polis Dibuat Ke Atas Pegawai Akademi Bomba

Beliau juga telah membuat laporan polis berkenaan kes anaknya dibotakkan kepala oleh pihak akademi bomba di Balai Polis Kuala Perlis supaya pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pegawai di akademi bomba itu.

Pengerusi Yayasan Prihatin Kebajikan, Pendidikan dan Kemiskinan Kedah, Zuraidi Rahim, yang mengunjungi Hizyaty Othman, berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.

"Saya difahamkan beliau telah mengambil tindakan dengan mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan jawapan secara lisan dan bertulis kepada ibu bapa Hizyaty Othman.

"Saya harap Datuk Chor akan tampil bertemu keluarga terbabit untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci dan sekaligus menyelesaikan kes botakkan kepala pelatih bomba wanita ini secepat mungkin," kata Datuk Chor Chee Heung mengakhiri perbualan.-Bernama.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Ini kali pertama penulis dapat tahu yang kursus bomba membotakkan kepala pelatih wanita. Amat tidak wajar pihak pegawai akademi bomba membuat peraturan sedemikian. Agak-agak apa tindakan pegawai atasan berhubung dengan isu pelatih bomba wanita kena botakkan kepala ini?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pelatih Bomba Wanita Kena Botakkan Kepala By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...