CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Perbelanjaan Kos Pertunangan Nooryana Najwa, Anak Najib?


Betul Ke Isu Perbelanjaan Kos Pertunangan Nooryana Najwa, Anak Najib Menggunakan Duit Rakyat?

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Majlis pertunangan tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan tentang majlis pertunangan Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev.

Majlis Pertunangan Anak Najib

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

Gambar Pertunangan Nooryana Najwa Daniyar Nazarbayev
Gambar Majlis Pertunangan Nooryana Najwa & Daniyar Nazarbayev

Beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.

Najib Didakwa Guna Dana Awam Bagi Merisik Perkahwinan Anaknya Di Kazakhstan

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

Najib Rosmah Merisik Kazakhstan
 Gambar Najib Rosmah Pergi Merisik Perkhawinan Di Kazakhstan

Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.


P/s: Penulis turut garu kepala, Najib Rosmah akan menjelaskan isu perbelanjaan kos majlis pertunangan anaknya Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev ke tidak nanti? Agak-agak anda, berapa juta dihabiskan untuk majlis pertunangan anak Najib ini? Yang rakyat nak tahu, siapa yang biaya bayar untuk semua kos pertunangan anaknya itu?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Perbelanjaan Kos Pertunangan Nooryana Najwa, Anak Najib? By Mohd Rohaizad. Published: 18.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...