CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pilihanraya Masjid: Pulau Pinang Kena Pohon Perkenan Agong


Isu Pilihanraya Masjid: Pulau Pinang Kena Pohon Perkenan Yang Dipertuan Agong Terlebih Dahulu?

Berkenaan dengan isu pilihanraya Masjid di Pulau Pinang hangat diperkatakan apabila kerajaan Pulau Pinang wajar memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum melaksanakan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid mengikut sistem pilihan raya umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mengikut perlembagaan negara, segala hal yang berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Raja dan Sultan negeri masing-masing.
Gambar Jamil Khir Baharom - Isu Pilihanraya Masjid

Beliau berkata dalam konteks pentadbiran di Pulau Pinang yang tidak mempunyai Raja, permasalahan berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Jamil Khir Baharom, Pulau Pinang Kena Tanya Agong

"Saya melihat dari sudut perlembagaan dan perundangan, kuasa Yang di-Pertuan Agong ini seolah-olah tidak dipatuhi dan cuba diingkari," kata Jamil Khir Baharom kepada pemberita di Yan hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu kaedah pemilihan AJK Kariah Masjid di seluruh Pulau Pinang seperti yang diinginkan oleh kerajaan negeri itu dengan menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Isu Pilihanraya Masjid Boleh Pecahkan Ummah

Jamil Khir berkata keputusan kerajaan Pulau Pinang untuk menjalankan sistem pemilihan AJK Kariah Masjid mengikut ala pilihan raya berkemungkinan besar akan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam, khususnya dalam masjid.

Jamil Khir Baharom perpecahan akan berlaku kerana timbul keraguan dalam isu untuk menentukan kawasan lingkungan bagi seseorang qariah masjid dan mekanisme yang digunakan untuk memperoleh senarai nama jemaah sesebuah masjid, yang bertindak sebagai pemilih dalam pilihan raya masjid itu.

Jamil Khir Baharom Suruh Tolak Sistem Pemilihan Pilihanraya Masjid

Jamil Khir Baharom turut berkata imam-imam masjid perlu bekerjasama menolak sistem pemilihan berdasarkan sistem pilihan raya itu kerana penjelasan yang terperinci diperlukan terlebih bagi memastikan kesahihan sistem berkenaan.


P/s: Pada pendapat penulis, isu pilihanraya Masjid ini tidak wajar diperbesarkan. Semua menggalakkan sistem demokrasi, pilihan majoriti. Semoga dengan pilihan terbaik penduduk kariah akan lebih menggalakkan aktiviti-aktiviti masjid yang lebih berkualiti. Perlukah Pulau Pinang kena pohon perkenan Yang Dipertuan Agong? Sememangnya kena, walaubagaimanapun, penulis yakin Agong bijak dalam menyelesaikan masalah ini apabila ada pihak cuba mempolitikkan isu pilihanraya Masjid di Pulau Pinang, negeri yang dikuasai pembangkang.

-Isu Pilihanraya Masjid: Pulau Pinang Kena Pohon Perkenan Agong-

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pilihanraya Masjid: Pulau Pinang Kena Pohon Perkenan Agong By Mohd Rohaizad. Published: 12.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...