CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Royalti P.Ramlee Tidak Dibayar Kepada Waris


Tahukah Anda Isu Royalti P.Ramlee Tidak Dibayar Kepada Warisnya Oleh Pihak Shaw Brothers?

Berita terbaru mengenai sebuah syarikat produksi zaman filem hitam-putih yang terkenal iaitu Shaw Brothers digesa membayar royalti yang dikautnya berjuta-juta ringgit kepada waris atau ahli keluarga Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim yang mewakili ahli keluarga seniman Agung itu berkata, setakat ini ahli keluarga atau pewaris P.Ramlee tidak pernah menerima royalti sepenuhnya tetapi sekadar satu jumlah yang kecil sahaja berbanding tayangan filem P.Ramlee yang tidak henti-henti.

“Isu pembayaran royalti mesti diberikan walaupun terdapat kekaburan dari segi peruntukan undang-undang terhadap filem-filem yang dihasilkan beberapa dekad lalu,” katanya kepada pemberita di galeri bersebelahan rumah P.Ramlee membesar dekat sini, Rabu.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Melayu, Datuk Seri Mohd Yussof Latiff dan Pengarah Kembara Dunia Travel And Tours Sdn Bhd, Roslina Bahari.

Gambar Isu Royalti P Ramlee
 Gambar Rumah P.Ramlee - Lagenda Seniman Agung Malaysia

Difahamkan syarikat produksi Shaw Brothers telah menerima royalti berjuta-juta ringgit hasil penayangan filem-filem P.Ramlee sejak lebih tiga tahun lalu.

Kata Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim, tiada siapa menjangkakan yang filem-filem arahan lakonan P.Ramlee akan terus disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan selepas kematiannya pada tahun 1973.

Oleh itu kata Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim, ahli keluarga atau waris Allahyarham P.Ramlee berhak untuk mendapat hak mereka sebagai pendapatan tambahan terhadap filem-filem yang telah ditayangkan oleh syarikat Shaw Brothers.

Kerajaan Masuk Campur Isu Royalti P.Ramlee

Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata beliau akan mencadangkan kepada pihak kerajaan persekutuan untuk mengadakan perbincangan dengan Shaw Brothers dalam isu royalti P.Ramlee.

Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata lagi setakat ini, ahli-ahli keluarga Allahyarham hanya menerima kira-kira RM200,00 daripada syarikat-syarikat rakaman pada tahun 2010 yang lepas.

“Kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan dengan pihak di Indonesia yang turut memainkan lagu-lagu Allahyarham di negara berkenaan,” kata Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata terdapat perancangan untuk membangunkan kawasan sekitar Rumah P. Ramlee. -Bernama.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis sedih dan geram apabila isu royalti allahyarham seniman agung negara kita iaitu P.Ramlee tidak dibayar kepada warisnya yang masih hidup. Sehingga kini, filem-filem P.Ramlee masih ditayangkan dan ditonton oleh generasi kini. Sumbangan P.Ramlee kepada industri hiburan begitu tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa, diharap pihak kerajaan persekutuan membela waris-waris P.Ramlee dengan menuntut hak royalti bagi mereka yang mengaut keuntungan hasil titik peluh filem arahan, lakonan mahupun lagu milik P.Ramlee.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Royalti P.Ramlee Tidak Dibayar Kepada Waris By Mohd Rohaizad. Published: 23.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...