CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Video 'Versi Johari' Terbitan PKR


Tahukah Anda Isu Video 'Versi Johari' Terbitan PKR Untuk Buktikan Teknik Video Palsu Mirip Anwar Ibrahim.

Berita terbaru mengenai isu video seks Anwar Ibrahim, kali ini anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul pada hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada sidang media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.

Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki yang didakwa dalam video seks yang disebarkan pihak kerajaan BN itu.

Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video seks itu menyerupai atau mirip Anwar Ibrahim.

Gambar Isu Video Versi Johari PKR PRamlee
Gambar Seniman Agung P.Ramlee Dijadikan Contoh Isu Video Versi Johari

Johari Abdul, antara yang terawal menonton video perbandingan kualiti itu pada 21 Mac 2011 yang lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.

Dalam video versi PKR itu, Johari Abdul bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.

Lelaki X Mirip Anwar Ibrahim

'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini.

Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar Ibrahim dan juga pelaku di dalam video seks tersebut.

Johari Abdul mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar Ibrahim mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek.

Gambar Isu Video Versi Johari Abdul PKR
Gambar Johari Abdul - Sidang Media PKR

"Saya ambil peranan untuk bertanggungjawab. Saya sendiri bertanggungjawab seratus peratus (100%) atas tindakan ini," kata Johari Abdul lagi.

"Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada," kata Johari Abdul akhiri perbualan bersama media.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.


Temubual Johari Abdul Isu Dokumentari Video Seks Mirip Anwar Ibrahim


“Ada seribu kemungkinan berkenaan aktor pelaku dalam video (ditayangkan oleh Datuk T)... bagi kami, ia bukan Anwar Ibrahim, disebabkan banyak alasan,” kata Johari Abdul dalam video itu.

Video dokumentari itu menunjukkan Johari Abdul bercakap kepada kamera dengan bahagian belakangnya menghala kepada televisyen skrin mendatar yang mempertontonkan bahagian-bahagian yang sudah diedit dan beberapa segmen video seks asal.

Ketika ditanya sama ada beliau sedar yang beliau boleh dicaj kerana menayangkan bahagian-bahagian tertentu video seks asal, Johari Abdul berkata, “saya mengambil tanggungjawab penuh.”

Gambar Johari Abdul Video Versi PKR
Gambar Johari Abdul Mirip P.Ramlee - Isu Video Dokumentari Versi PKR

‘Dokumentari’ itu mengetengahkan ‘bukti’ dalam video yang menunjukkan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar, dengan menekankan bahawa hidung individu terbabit berbeza daripada Ketua Pembangkang, keadaan fizikal yang berbeza dan lelaki dalam video mengenakan cermin mata.

“Semua kita tahu bahawa hidung Anwar mendatar... dan juga tidak lagi memakai cermin mata selepas pembedahan laser,” kata Johari Abdul lagi.

Video dokumentari terbaru ini menunjukkan Joahri Abdul di satu lokasi yang tidak didedahkan, didakwa di Thailand, di mana seorang jurusolek mengenakan solekan pada muka Ahli Parlimen itu untuk beliau kelihatan seakan-akan seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

“Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahu bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia mahu ke Thailand untuk melakukan sesuatu ke atas Anwar Ibrahim.

“Video seks ini datang dari Thailand,” kata Johari Abdul dalam video dengan memberikan pos di sisi gambar P. Ramlee.

“Malah anda juga boleh kelihatan macam idola,” kata Johari Abdul.

Gambar Anwar Ibrahim Isu Video Johari Abdul
 Gambar Anwar Ibrahim Menjawab Isu Dokumentari Video Johari Abdul

Ahli Parlimen Sungai Petani ini menekankan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap penerbitan ‘dokumentari’ itu dan Anwar Ibrahim sendiri belum melihatnya lagi.

Johari Abdul berkata beliau mengambil masa kira-kira 34 hari untuk menghasilkan video dokumentari dan melakukan sendiri segala “penyelidikan.”

Kata beliau, ‘dokumentari’ itu dimuat naik ke dalam Youtube dalam waktu terdekat dan akan diedarkan ketika majlis ceramah PKR kemudian.

“Ya, video ini akan diedarkan... tolong buat salinan. Kami berhutang kepada orang ramai satu penjelasan mengenai kebenaran (isu) ini,” kata Johari Khir kepada wartawan. -Malaysiakini / MalaysiaInsider.

Tengok Video Youtube Pendedahan Dokumentari Versi Johari Abdul Terbitan PKR





Isu Video Johari Abdul PKR - Pendedahan Dalang Video Fitnah 1






Isu Video Johari Abdul PKR - Pendedahan Dalang Video Fitnah 2





Isu Video Johari Abdul PKR - Pendedahan Dalang Video Fitnah 3




Video Rahim Tamby Chik 'cipta' video bodek Najib demi perhatian politik




Video fitnah : Eskay marah Anwar tak bantu saman RM20 juta



Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Berkenaan isu video versi Johari terbitan Pakatan Keadialan Rakyat (PKR) bertujuan untuk menyanggah ketidakbenaran video seks Anwar Ibrahim yang kononnya mirip. Selepas ini penulis nak tengok video Najib atau Rosmah pula divideokan, kena siap sedia cari pelakon seiras. Anda mirip muka ahli politik Malaysia?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Video 'Versi Johari' Terbitan PKR By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...