CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Wanita Singapura Diarah Bogel Jabatan Imigresen Johor


Apa Kes Isu Wanita Singapura Diarah Bogel Oleh Jabatan Imigresen Johor?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan dakwaan dua wanita warga Singapura diarah melucutkan pakaian ketika ditahan pegawai Jabatan Imigresen di Johor, awal minggu ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu inkuiri akan diadakan bagi memastikan ketelusan terhadap siasatan dijalankan yang akan turut membabitkan pihak ketiga selain Jabatan Imigresen.

Jabatan Imigresen Ada Hak Untuk Bogelkan Mereka Yang Disyaki?

"Apapun jua, kami perlu menyiasat sehingga ke punca masalah itu. Adalah salah untuk mengatakan Jabatan Imigresen menjadi barisan hadapan, kerana ia tidak. Saya bercakap mengenai isu ini di Dewan Rakyat hari ini. Ia membabitkan pusat tahanan. 
KDN Kementerian Dalam Negeri
 Gambar Logo Kementerian Dalam Negeri

"Saya kata ia bukan hanya inkuiri dalaman, apa jua inkuiri yang dilakukan saya mahu pihak ketiga terbabit, pihak penjara dan pihak polis, selepas itu kita akan mencari punca insiden itu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dua Wanita Singapura Kena Bogel & Ketuk Ketampi

The Straits Times Singapore hari ini melaporkan dua wanita berkenaan yang memandu menyeberangi Tambak Johor pada 9 Jun lalu dari republik itu mendakwa ditahan pegawai Imigresen Malaysia dan dipaksa menanggalkan pakaian sebelum kedua-duanya diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Hishammuddin berkata, amalan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bukan amalan biasa yang dilaksanakan oleh pegawai Imigresen terhadap mereka yang disyaki pendatang tanpa izin dan ia juga bukan prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu.

"Banyak tindakan Imigresen bersandarkan SOP, kalau SOP itu tidak memenuhi keperluan sekarang ia boleh diubah, tapi kalau ia diubah perlulah bersandarkan pada siasatan yang bukan hanya pihak dalaman Imigresen tapi pihak ketiga juga," katanya.

Isu Perhimpunan Bersih

Mengulas perhimpunan Bersih 2 yang dijadual diadakan 9 Julai 2011 ini, Hishammuddin berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional dalam konteks keselamatan negara.

"Kita tahu lebih daripada 260 laporan polis dibuat. Saya tahu pihak berkuasa telah memantau keadaan tetapi secara peribadi kalau saya tambah sangat (campur tangan) perkara ini nanti orang cakap ada campur tangan politik kerana saya tengok ada usaha yang cuba mengaitkan apa yang berlaku ini dengan politik," katanya.


P/s: Pada pendapat penulis, amat luar biasa apabila pihak Jabatan Imigresen Johor membogelkan wanita Singapura dan melakukan ketuk ketampi. Yang penulis dengar prosedur ini untuk mengesan sorokan dadah di tempat sulit wanita gadis yang disyaki mengedar bahan terlarang tersebut. Isu ini merupakan yang kali pertama penulis dengar melibatkan pihak Imigresen. Wajarkah pihak jabatan imigresen berbuat demikian tanpa kehadiran kebenaran pihak kementerian dalam negeri?

~ Isu Wanita Singapura Diarah Bogel Jabatan Imigresen Johor ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Wanita Singapura Diarah Bogel Jabatan Imigresen Johor By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...