CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

John Morrison & Melina Pengusti WWE Promosi Di Malaysia


John Morrison & Melina Pengusti WWE Datang Promosi Di Malaysia

Dua Superstar dan Diva World Wrestling Entertainment (WWE) dari Amerika Syarikat iaitu John Morrison, 32 tahun, dan Melina, 32 tahun, menolak sukan hiburan WWE mengundang keganasan kepada penonton.

Sebaliknya John Morrison dan Melina WWE menganggap program popular WWE yang turut disiarkan di TV3 pada setiap Khamis, pukul 11 malam itu hanya sekadar hiburan semata-mata.

“Saya tidak menganggap WWE sebagai suatu yang ganas kerana ikutkan terdapat pelbagai medium lain yang lebih ganas daripada WWE seperti pemainan video dan filem.

Gambar John Morrison dan Melina WWE Malaysia
 Gambar John Morrison & Melina WWE Di Malaysia

“Malah, bapa dan rakan-rakan saya menyukai program ini dan tidak menganggap ia ganas,” kata John Morrison ketika ditemui dalam siri penjelajahan ‘WWE Promotional Tour’ di Sunway Pyramid, di sini, Sabtu.

Jelas John Morrison lagi, segala aksi gusti yang dilakukan bukanlah menunjukkan aksi gusti sebenar sebaliknya lebih kepada menghiburkan penonton.

Sementara Melina pula berkata: “Saya rasa tidak banyak aksi ganas yang ditonjolkan dalam WWE dan apa yang dipertontonkan merupakan aksi yang ingin dilihat oleh penonton.”

Lebih istimewa, TV3 turut meraikan empat daripada lima pemenang kuiz WWE bersama-sama pasangan masing-masing dalam majlis makan tengahari secara eksklusif bersama dua selebriti itu di Restoran Tony Romas, Sunway Pyramid.

Gamabr John Morrison dan Melina Makan Di Malaysia
 Gambar John Morrison & Melina WWE Makan Tengah Hari Bersama Pemenang

Mereka adalah Hafiz Azwany Taher, 28, Johan Affendy Mahfoor, 29, Farid Husni, 14, Mike Chin, 26, manakala Nur Syahirah Hussin, 22, tidak hadir pada majlis itu.

Para pemenang memenangi hadiah tersebut setelah menjawab tiga soalan beserta sebuah slogan yang menarik di laman sosial sesawang facebook.com/TV3MALAYSIA dan facebook.com/tontonMY yang berlangsung dari 21 hingga 23 Jun 2011 yang lalu.

John Morrison dan Melina yang pertama kali berpeluang bertemu dengan peminat WWE di negara ini agak terkejut dengan sambutan meriah yang diberikan.

Gambar John Morrison dan Melina WWE Bersama Peminat Malaysia
 Gambar John Morrison & Melina WWE Bersama Peminat Malaysia

“Saya agak teruja dan terkejut kerana ramai peminat yang menantikan kemunculan kami di sini. Mereka seolah-olah sangat mengenali rapat dengan kami,” ujar John Morrison dan Melina WWE yang mengamal pemakanan seperti mengambil makanan berprotein dan berdaging.

Bagaimanapun dia tidak terlalu bimbang tentang diet dan hanya melakukan yang terbaik untuk sukan gusti itu.
Begitu juga dengan Melina yang menyukai pelbagai jenis makanan dan mengelak daripada mengambil kadar makanan yang terlalu banyak.

Selain berkunjung ke negara ini, John Morrison dan Melina turut menjelajah ke Singapura untuk mempromosikan WWE dan berada di negara ini selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad. -MStar.

Tengok Video Koleksi Gambar John Morrison & Melina Seksi





Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Pada pendapat penulis, walaupun pengusti John Morrison & Melina WWE menganggap WWE hanyalah sukan hiburan tetapi kesannya banyak lebih kepada unsur-unsur negatif. Tambahan, penggunaan pakaian, aksi lucah dan bahasa yang digunakan turut tidak sesuai untuk tontonan terutamanya dikalangan remaja yang mudah terikut-ikut. Adakah kerajaan Malaysia membenarkan promosi budaya sukan hiburan yang negatif ini kepada rakyat Malaysia?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

John Morrison & Melina Pengusti WWE Promosi Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 26.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...