CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kartunis Majalah Ujang, Qayyum Meninggal Dunia Serangan Stroke


Betul Ke Kartunis Majalah Ujang, Qayyum Meninggal Dunia Akibat Serangan Angin Ahmar atau Kena Stroke?

Sebenarnya negara bukan sahaja dikejutkan dengan pemergian pelakon dan juga pelawak komedi veteran yang popular, iaitu Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda dalam rancangan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Zami Ismail menghembuskan nafas yang terakhir di lebih kurang jam 10:30 pagi, dan dalam jam 7:45 malam hari yang sama, kita juga dikejutkan dengan pemergian seorang kartunis Majalah Ujang iaitu Qayyum yang meninggal dunia akibat serang angin ahmar (Stroke).

Bagi para pengikut majalah Ujang dalam ruangan Lawak Antarabangsa, pasti mengenai siapa Qayyum. Selain melukis, Qayyum juga amat aktif menjadi penulis di dalam majalah tersebut sehingga kini memegang jawatan sebagai editor di Majalah Ujang.

Kartunis Qayyum Meninggal Dunia
Gambar Kenangan Qayyum, Ubi, Bijan, Gayour & Aie.

Kebanyakkan dari kita membesar dengan majalah tersebut. Biarpun usia semakin meningkat dan majalah tersebut kian ditinggalkan, namun para kartunis di sana sentiasa dalam ingatan kita semua kerana mereka pernah menghiburkan kita dan membuatkan kita ketawa suatu ketika dulu.

Jika pernah menonton video Lawak Antarabangsa, pasti kenal dengan Qayyum yang memegang watak Mat (Mat Despatch), yang bergandingan dengan Kartunis Petai (sebagai nenek) di mana Qayyum datang ke sebuah kampung untuk mencari Sufi Sufian.

Tengok Video Lakonan Arwah Kartunis Qayyum Dibawah




Arwah Qayyum telah selamat dikebumikan di kampungnya, Batu Talam Raub.

Kredit Info: Majalah Ujang & Oh!Artis. Betul Ke Zami Ismail atau Pak Uda Sudah Meninggal Dunia?


P/s: Penulis dan para peminat majalah Ujang ingin mengucapkan salam Takziah dari kami kepada keluarga kartunis Majalah Ujang Qayyum yang meninggal dunia akibat serangan stroke. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. Al-Fatihah!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kartunis Majalah Ujang, Qayyum Meninggal Dunia Serangan Stroke By Mohd Rohaizad. Published: 20.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...