CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kebaikan Tenaga Infra Merah Kepada Kesihatan Kecantikan Badan


Tahukah Anda Kebaikan Tenaga Infra Merah Kepada Kesihatan Kecantikan Badan Kita?

Heather Ruppert yang berusia 33 tahun, mengalami pelbagai masalah dari segi tekanan perasaan akibat stres, gangguan sistem limfatik dan masalah kulit muka yang dipenuhi jerawat semasa dua tahun dahulu.

Bagaimanapun, disiplin dan tekad yang diamalkan wanita itu akhirnya berjaya menjadikan dirinya lebih baik, sama ada dari segi kesihatan mental, fizikal mahupun emosi.

Rahsia Heather Ruppert, dia yang sememangnya seorang yang sangat aktif, mengamalkan sesi rehat dalam bilik sauna setiap hari.

"Bekerja dalam bidang perfileman bukan satu tugas yang mudah. Kadangkala kita terpaksa bekerja sehingga 18 jam sehari," ujarnya.

Tetapi selepas diperkenalkan kepada peralatan sauna Zazen FIR, sebuah kubikel bertutup dengan rawatan haba menggunakan cahaya infra merah jauh, Heather akui dirinya bukan seperti dahulu lagi.

"Saya mula menggunakan sauna Zazen FIR sejak Oktober 2010 setiap hari. Sejak itu saya mendapati badan saya lebih terkawal dari semua masalah, khususnya sistem limfa saya yang kini dirangsang dengan peredaran yang lebih baik. Masalah jerawat juga sudah tiada lagi," kata Heather Ruppert yang merupakan warga negara Kanada.

Walaupun melabur beberapa ribu ringgit, Heather Ruppert percaya sauna infra merah Zazen FIR sebagai satu rejim penjagaan kesihatan yang amat berbaloi khususnya jika dia tidak mempunyai masa untuk bersenam atau melakukan aktiviti luar.

Rawatan Sauna Zazen FIR, Sinar Tenaga Infra Merah Pencegahan Penyakit

Rawatan sauna Zazen FIR atau sauna infra merah jauh ini meliputi penjagaan kesihatan berbentuk pencegahan, rawatan kecantikan dan penjagaan kulit.

Pengurus Besar Zazen Health Solution, Yasotha Krishna, ketika ditemui di pejabat beliau di Dataran Sunway, Kota Damansara, memberitahu, sistem penjagaan itu sebagai satu langkah ke arah kesihatan optimum yang paling mudah.

"Dengan hanya 30 minit sehari, duduk di dalam kubikel itu tanpa atau berpakaian minimum, pengguna akan menuju ke arah pemulihan dan pemuliharaan. Zazen FIR memberi segala manfaat kesihatan hasil tenaga infra merah jauh dalam bentuk mudah alih dan senang digunakan," kata Yasotha.

Antara manfaat Zazen FIR ialah ia membantu proses detoksifikasi, mengurangkan berat badan dan selulit, antipenuaan, meremajakan kulit dan pemulihan badan secara dalaman.

Kebaikan Sauna Sinar Tenaga Infra Merah

 Gambar Sauna Tenaga Infra Merah Kepada Kesihatan Kecantikan Badan

Kaedah itu membantu membakar sekitar 600 hingga 900 kalori setiap 30 minit sesi sauna. Rod seramik infra merah ini diselaputi 24 bahan mineral dan dikeluarkan dalam bentuk gelombang kepada pengguna.

"Haba yang dikeluarkan daripada rod seramik ini adalah sama seperti haba matahari. Pengguna disyorkan menggunakan suhu melebihi 44 darjah Celsius. Anda boleh merasai perubahan yang ketara hanya dua hingga tiga bulan selepas menggunakan Zazen FIR," janji Yasotha.

Bagi mereka yang tidak mahu membeli kubikel ini, Yasotha mencadangkan agar menggunakan manfaat Zazen FIR di spa dan cawangan Zazen Health Solutions yang terpilih dengan mengambil pakej sauna itu.

"Bagi memastikan semua orang memperoleh manfaat ZaZen FIR, kami juga mengembangkan perniagaan produk ini di spa-spa dan cawangan Zazen. Mereka yang berminat untuk menyertai perniagaan ini boleh hubungi kami dan mendapatkan perundingan," katanya yang akui setakat ini terdapat kira-kira 30 buah cawangan.

Bekal Perkhidmatan Produk Kesihatan

Seorang usahawan, Abdul Rahman Kamarudin yang berusia 66 tahun, memberitahu bahawa dia bukan sekadar pengguna tetapi turut membekalkan perkhidmatan sauna itu di spa beliau di Klang.

"Saya menjalankan perniagaan spa ala Bali tetapi mendapati penggunaan Zazen FIR satu nilai niaga yang baik. Kini, ramai orang yang peka terhadap kesihatan mereka memilih sauna Zazen FIR kerana ia mujarab," kata Abdul Rahman.

"Selepas pelanggan saya memberi reaksi positif, saya pun menggunakan sekadar cuba-cuba sahaja. Tetapi manfaat yang saya peroleh menyebabkan saya mula menggunakan Zazen FIR setiap hari, biasanya pada waktu pagi selepas saya balik berjoging," jelas Abdul yang merasakan dirinya lebih sihat selepas menggunakan produk itu sejak dua bulan yang lalu.

Yasotha berkata, di samping produk sauna Zazen FIR, Zazen Health Solution turut memperkenalkan satu lagi produk kesihatan holistik terkini di pasaran.

"Rentetan kejayaan sauna infra merah jauh itu, kini kami perkenalkan Scalar iaitu sejenis pembekal tenaga yang biasanya terdapat di kawasan pergunungan, kawasan hijau dan hutan.

"Tenaga ini terganggu dengan kehadiran pelbagai gajet yang mengandungi kandungan tinggi radiasi dan elektromagnetik, jadi peti ini membekalkan tenaga scalar yang tidak kelihatan dalam mata kasar tetapi boleh dirasai," jelas Yasotha.

Kajian Doktor Pediatrik

Menurut seorang doktor pediatrik, Dr. Sharmila Kylasam, 39 tahun, tekanan yang wujud akibat pelbagai sebab termasuk gangguan ketidakseimbangan alam sekitar. Ia mampu menyebabkan kita kekurangan fokus dan tenaga.

"Tekanan akan menyebabkan gangguan pada organ badan melalui sel dan mengurangkan tahap imunisasi. Walaupun tekanan adalah baik untuk tempoh masa pendek tetapi ia memberi risiko jika dalam tempoh panjang.

"Kita perlu mencari penyelesaian untuk mengelakkan diri daripada tekanan dan dekatkan diri dengan perkara yang boleh merehatkan," katanya yang turut mengingatkan, seseorang itu perlu mengawal tekanan demi mengelakkan masalah seperti sakit badan, keguguran rambut dan ekzema.

"Malah, kemurungan yang keterlaluan juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti kerana tenaga dideposit di bahagian abdomen yang tidak sepatutnya," terang Sharmila. -Kosmo.


P/s: Kajian tentang kebaikan sinar tenaga infra merah kepada kesihatan kecantikan badan menarik untuk diketahui, ini merupakan kali pertama penulis tahu yang tenaga infra merah mampu menyihatkan badan kita fizikal dan mental dengan menggunakan sauna sebagi terapi kesihatan di rumah. Lebih menarik, penggunaan teknik tenaga infra merah mampu menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Anda berminat dan ingin mencuba penggunaan teknik tenaga infra merah?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kebaikan Tenaga Infra Merah Kepada Kesihatan Kecantikan Badan By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...