CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kelabjutawan.org - Penipu? Jangan Biar Diri Anda Kena Scam MLM


Betul Ke Kelabjutawan.org - Penipu? Jangan Biar Diri Anda Kena Scam MLM?

Penulis telah menyertai newsletter kelabjutawan.org ini. Betul ke KelabJutawan.org penipu? Apa yang penulis boleh review ialah jangan biarkan diri anda terjebak kena tipu scam MLM group kelabjutawan.org ini. Newsletter kelabjutawan boleh menyebabkan anda tertarik untuk menyertai terutamanya yang terdesak memerlukan wang.

Modus Operandi yang digunakan sangat meragukan lagi menimbulkan was-was. Penulis rasa group kelabjutawan ini menggunakan sistem MLM yang memerlukan anda mencari downline setiap hari, tiada downline tiada duit masuk. Menyerupai login facebook dapat RM100. Gilalah kalau ada orang yang masih percaya group skim macam ini.

Penulis juga tidak mendapat maklumat yang mencukupi strategi dan teknik yang digunakan untuk mengaut keuntungan sebanyak RM1000 sehingga RM5000 dalam sebulan dengan menyertai group kelabjutawan ini. Penyertaan ahli berdaftar ialah RM100, diharap anda yang berminat janganlah join ya.

Keterangan Yang Terdapat Dalam Kelabjutawan.org

kelabjutawan tipu scam
Gambar Screenshot KelabJutawan.org - Ini Kena Cari Downline


Daripada: Sujairi Saidali & Mohd Firdaus
No Pendaftaran : 
002046530-W (Sujairi KJ Enterprise) 

Salam,

Anda pastinya tercari-cari program internet yang boleh memberikan anda pulangan wang yang lumayan tanpa perlu berhenti kerja dan berpenat lelah semata-mata untuk mendapatkan 
EXTRA RM1000- RM5000 SEBULAN.

Bersama kami anda pasti tersenyum riang apabila hari-hari mendatang lebih mudah dan anda mampu membayar segala hutang piutang malahan berbelanja sakan setiap hujung minggu.


Jangan lepaskan peluang ini "Kami di kelab jutawan mengalu-alukan kedatangan anda dan bersama-sama kita menjana pendapatan melalui internet sebagai agen affiliate kami"


 Jangan Risau Kerana Kami Bukan    


Skim Cepat Kaya
Pelaburan Haram Internet
Multilevel Marketing
Pelaburan Emas
Pelbagai Lagi Scam Internet Yang Mengarut

Video Youtube Scam Penipu Kelab Jutawan - Bersediakah Anda Untuk Jadi Ahli Affiliate Bagi Program Menipu Orang Untuk Mendapat Duit Secara Begitu? Tipu Orang Untuk Terus Dapatkan Duit Secara HARAM.




Sumber Info: www.kelabjutawan.org (Kelab Jutawan)

Kesimpulan Penulis Terhadap KelabJutawan.Org

Penulis nasihatkan sekali lagi kepada anda yang berada diluar sana, jangan tertipu dengan skim internet ala skim cepat kaya ini. Kelabjutawan.org boleh menafikan kenyataan penulis dengan membuat kenyataan rasmi mahupun bantahan rasmi disini atau dilaman web mereka andai benar mereka tidak menipu. Saudara Sujairi Saidali & Mohd Firdaus sila jangan bertopengkan sebagai internet marketer (IM) untuk menipu ahli group anda dan jangan rosakkan imej internet marketer Malaysia yang lain.

Permintaan Penulis:

1.) Siarkan carta organisasi kelabjutawan.org berserta gambar
2.) Produk atau servis yang ditawarkan kelabjutawan.org yang kononnya berjaya boleh menarik RM1000 - RM5000 sebulan
3.) Buktikan yang kelabjutawan.org tidak mengamalkan multilevel marketing (MLM) kepada ahlinya
4.) Siarkan informasi yang mencukupi dan tidak meragukan di laman kelabjutawan.org
5.) Paparkan testimonial ahli kelabjutawan yang sebenar berserta dengan nombor contact
6.) Paparkan Internet Marketer (IM) Malaysia yang menyertai Kelab Jutawan ini
7.) Paparkan lokasi dan nombor telefon syarikat Kelab Jutawan agar senang ahli untuk mencari anda

Jangan biar diri anda ditipu dan menipu orang lain di dunia online. Jauhi SCAM kelabjutawan.org dan group yang seangkatan. Anda ada maklumat mengenai group organisasi seumpama ini? Marilah sama-sama kita bertanggungjawab membanteras penipu scam siber di Malaysia.

~ kelabjutawan.org - Penipu? Jangan Biar Diri Anda Kena Scam MLM ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kelabjutawan.org - Penipu? Jangan Biar Diri Anda Kena Scam MLM By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...