CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Iqram Dinzly Burukkan Fasha Sandha Di Akhbar


Betul Ke Kes Iqram Dinzly Burukkan Fasha Sandha Di Akhbar Berita Harian?

Beberapa minggu yang lepas, semua orang sudah pun mengetahui tentang kisah gosip aktres popular Fasha Sandha naik angin geram marah dengan hero lewat yang digandingkan bersamanya dalam sebuah drama bersiri.

Pelbagai status tidak puas hati telah diluahkan Fasha Sandha menerusi laman sosial twitter dan facebook berikutan kelewatan hero tersebut tiba di lokasi penggambaran.

Tidak menyebut siapakah hero tersebut namun ramai yang sudah dapat meneka serta menganggak bahawa dia adalah aktor Iqram Dinzly. Lebih-lebih lagi bila kes kedua-dua mereka baru sahaja digandingkan dalam drama bersiri Dewa Cintaku.

Iqram Dinzly - Fasha Sandha Yang Bersalah

Iqram Dinzly juga enggan mengalah. Malah, dia telah pun meluahkan perasaan menerusi laman sosial miliknya dengan tujuan untuk membela diri bila Fasha Sandha kutuk Iqram Dinzly.

Selepas majlis pelancaran drama tersebut berlangsung pada minggu lalu, isu tersebut reda dengan sendirinya kerana kedua-duanya telah mengambil pendekatan untuk berdamai serta tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Namun sehinggalah semalam, Iqram Dinzly dengan beraninya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Fasha Sandha, aktres kelahiran Johor Bahru itu menerusi sebuah akhbar mingguan tempatan.

Gambar Twitter Fasha Sandha Dianiaya Iqram Dinzly
 Gambar Twitter Fasha Sandha Seksi Terluka Dengan Iqram Dinzly

Ia sudah cukup membuatkan hati Fasha Sandha terluka dan menganggap kenyataan Iqram Dinzly itu sebagai satu pembohongan penipuan yang besar di media hiburan.

Iqram Dinzly telah memberitahu bahawa bukan dia yang memohon maaf terlebih dahulu kepada Fasha Sandha sebaliknya Fasha Sandha yang lebih dulu berbuat sedemikian dan dia juga sudah hilang sabar dengan sikap aktres tersebut serya mahu membersihkan namanya.

Pendedahan Iqram Dinzly itu telah membuatkan Fasha Sandha naik angin serta mengamuk. Berikut merupakan luahan perasaan Fasha Sandha seperti yang telah dipetik di dalam fan pagenya.

Kenyataan Fasha Sandha Tepis Dakwaan Palsu Iqram Dinzly

"Ingin saya tegaskan sekali lagi dear followers, isu ini sepatutnya sudah selesai last week. Tapi hari ini saya terpaksa buka cerita ni kembali setelah baca kenyataan tidak benar Iqram Dinzly. Fasha Sandha ada saksi, saya tidak pernah takut. Allah Maha besar. Alhamdulillah." kata Fasha Sandha.

"Saya amat kesal dengan artikel dalam bh today. Sebelum ini Saya sudah memaafkan iqram diatas kelewatan nya, dan saya sudah melupakan isu itu. Tiba2 hari ini iqram tidak bercakap benar dalam BH. Maafkan saya Iqram, awak tidak layak menjadi hero saya di masa akan datang kerana masalah disiplin awak. Ramai juga saksi production lain yg awak kerap lambat termasuklah director @shkdirector . Awak jugak terkenal dengan sikap 'diva' yg suka call org sana sini sebelum datang set kerana tidak suka menunggu org lain. Awak nak awak datang set, terus nak shooting scene awak. Ape tu???" tambah Fasha Sandha lagi.

"Iqram Dinzly, seluruh produksi tau awak selalu lambat. Seluruh produksi juga tau 30hb mei adalah kelewatan awak yg paling teruk. Awak tiba di set tanpa meminta maaf. Keesokan harinya kita berjumpa dan bermaafan dan berdamai. Kenapa pula anda tidak bercakap benar dalam bh today. Apa motif anda? apa perassan anda? , skrg dah terbukti, cik lee juga mgesahkan calltime kita semua sama dan awak memng lambat."

"Saya ingat isu kelewatan itu sudah berakhir minggu lepas. Tiba2 hari ni sy terbaca article BH yg membuatkan sy terkejut. Paling mengejutkan saya, ada tertulis disitu, dia yg menghubungi wartawan tersebut utk menyatakan tidak puas hati. What r u trying to do my dear? Memburukkan saya? Pembaca kita sudah bijak menilai." ujar Fasha Sandha untuk membuktikan dia berada dipihak yang benar. -Murai.

Tengok Koleksi Gambar Video Fasha Sandha Berbikini






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Alahai.. Macam-macam hal lah Iqram Dinzly ini, dah buat salah tu mengaku jelah jangan pulak burukkan Fasha Sandha di akhbar. Penulis tidak berapa suka kepada aktres Fasha Sandha tetapi kalau dah Iqram Dinzly dah memang tidak berdisiplin dengan ramai saksi lagi takkan nak biarkan kan? Insaflah wahai Iqram Dinzly, buat buruk imej nama saja bila orang tau kisah benar kau, nanti nak dapat tawaran lakonan ke apa kan yang susah nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Iqram Dinzly Burukkan Fasha Sandha Di Akhbar By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...