CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Khalwat Ako Mustapha Belum Selesai


Tahukah Anda Kes Khalwat Ako Mustapha Bersama Wanita Bukan Islam Belum Selesai Di Mahkamah?

Mengenai rayuan yang telah difailkan oleh pelakon drama, Ako Mustapha terhadap hukuman bagi kesalahan berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, akan diputuskan pada September 2011 depan.

Pegawai Pendakwa Syarie, Zusyrafain Mohd Yusoff memberitahu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis, menetapkan 13 September 2011 depan sebagai tarikh untuk memberikan keputusan.

Ako Mustapha Buat Rayuan 

Ako Mustapha memfailkan rayuan itu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, memerintahkan agar Ako Mustapha dihukum penjara tiga bulan dan denda RM3,000 kerana berkhalwat dengan seorang jurusolek artis, Anang Sagunting berusia 25 tahun.

Gambar Kes Artis Khalwat Ako Mustapha
 Gambar Ako Mustapha - Kes Khalwat Dengan Anang Sagunting

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut pada 21 April 2009.

Pelakon yang membintangi drama popular Halimah Jongang itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Ako Mustapha Kena Waran Tangkap

Ako Mustapha hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari 2011 yang lalu selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sejak kes itu mula disebut pada 2007.

Prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dijalankan di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad dan Ako Mustapha diwakili oleh peguam syarie, Akbardin Abdul Kader.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Begitu lama kan kes khalwat ditangguhkan di Malaysia? Penulis dengar ada yang dah mati tetapi kes belum selesai lepas tu tutup je sebab si tertuduh dah tiada. Berkenaan kes khalwat Ako Mustapha dengan Anang Sagunting pun belum selesai, agak-agak serupa tak dengan kes khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Khalwat Ako Mustapha Belum Selesai By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...