CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi Bertajuk SOLO


 Betul Ke Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi Bertajuk SOLO?

Tonton Video Youtube Andi A. Merican - SOLO Feat Altimet (Official Video Muzik) Dibawah




Penyanyi Andi A Merican sanggup menunggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik video pertamanya berjudul Solo yang akan dilancarkan pada Khamis ini.

Andi berkata, dia mengambil masa selama tiga bulan menunggu maklum balas Khairul Fahmi kerana pemain bola sepak itu sibuk dengan perlawanan dan latihan selain merupakan anggota pasukan bola sepak Kelantan.

Khairul Fahmi Video Muzik
Gambar Khairul Fahmi Dalam Video Muzik Solo

Tunggu Khairul Fahmi @ Apek Tiga Bulan

“Saya tunggu Apek selama tiga bulan untuk menjayakan muzik video ini. Jadi, apabila dia mempunyai masa terluang dan boleh turun ke Kuala Lumpur untuk latihan pasukan kebangsaan baru dia boleh melakukan penggambaran itu dan pihak produksi perlu mengikut masanya.

“Bekerjasama dengannya sangat seronok kerana dia seorang yang merendah diri dan kelakar,” kata Andi.

Selain Fahmi, muzik video itu turut menampilkan penyanyi Altimet, pelakon Julia Ziegler dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar. Andi turut menggunakan khidmat Dira untuk mengarah muzik video berkenaan buat pertama kalinya.

Andi tidak menafikan pengaruh setiap selebriti ini mampu memberikan impak kepada muzik video yang mempunyai jalan cerita tersendiri.

Andi Babak Solo Penjara
Gambar Antara Babak Dalam Video Muzik Solo

Sinopsis Video Muzik Solo

Muzik video tersebut mengisahkan tentang dua pemuda iaitu Andi dan Altimet yang terlibat dengan penyeludupan sehingga ditahan di penjara. Bermula dari situ, Andi mengimbas kembali liku kehidupan yang dilaluinya bersama-sama dua sahabat iaitu Julia Ziegler dan Khairul Fahmi.

Selain itu, dia turut memuji cara kerja Dira dan pasukan produksi Splaspan yang turut bertindak sebagai pengarah bersama muzik video yang mengambil konsep idea daripada sebuah filem Hollywood itu.

“Saya turut selesa bekerja dengan Dira kerana dia merupakan seorang hos yang bagus dan sangat teruja untuk bergelar pengarah sejak dulu lagi. Jadi setelah duduk berbincang dia bersetuju untuk menolong saya membikin muzik video ini,” katanya yang turut berkawan baik dengan Dira.

Tonton Video Muzik Solo Andi Trailer Di Youtube




Video Muzik Trailer Lakonan Khairul Fahmi Dalam Lagu SOLO

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi Bertajuk SOLO By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...