CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Kilafairy Digelar Seksi Hot - Tidak Dibayangi Ibunya Rohana Jalil


 Kilafairy Digelar Seksi Hot - Tidak Dibayangi Ibunya Rohana Jalil @ mohdrohaizad.co.cc

Kalau ditanya siapa artis baru yang sedang hot masa kini, pasti nama Kilafairy antara yang tersenarai. Walaupun belum banyak kejayaan yang diraihnya, namun nama pelakon itu semakin diberi perhatian oleh peminat.

Pernah tempias gosip pasal bibir seksinya apabila dikatakan melakukan rawatan kecantikan, namun ia lenyap begitu sahaja apabila lakonannya semakin terserlah. Dia juga tidak mudah melatah dengan gosip tersebut.

gambar kilafairy body seksi hot
Gambar Seksi KilaFairy

Kilafairy Digelar Seksi Hot

Hari ini cerita itu sudah senyap. Tapi Kila masih hot apabila menjadi buruan ramai lelaki yang cuba mendekatinya. Maklumlah pucuk muda itu memiliki susuk tubuh yang dikategori sebagai seksi walaupun dia berpakaiaan menutup keseluruhan badan.

Paling bererti baginya bila kehadirannya dalam industri tidak lagi dikaitkan dengan ibunya penyanyi hangat era 80-an, Rohana Jalil. Dia bekerja keras dan tak senang bila ada yang mengatakan menumpang nama penyantyi lagu Rayuanku itu untuk dikenali.
gambar kilafairy bersama ibunya rohana jalil
 Gambar KilaFairy Bersama Ibunya Rohana Jalil

KilaFairy Tidak Dibayangi Ibunya, Rohana Jalil

"Alhamdulillah hari ini orang sudah nampak Kila berdiri dengan sendiri. Orang seperti abang (saya) yang melihat Kila sejak kecil, tahu yang Kila memang berusaha keras untuk sampai ke tahap ini. Sejak kecil Kila menyanyi untuk mengenengahkan diri. Kila tak mahu dikaitkan dengan ibu.

"Dulu ada juga orang kata Kila menumpang nama ibu untuk terjun ke dunia seni. Orang rapat dengan Kila dan famili tahu bagaimana Kila berusaha keras untuk terjun ke dunia seni ini.

"Bila ada yang nampak usaha Kila itu dan tidak mengaitkan dengan ibu, Kila rasa sangat senang. Memanglah dalam majlis-majlis tertentu ibu ada juga mengikut Kila. Yalah ibu lakukan itu untuk menjaga Kila," kata pemilik nama penuh Shakila Nisha Jangir Khan ini.
gambar kilafairy filem karak bibir seksi
 Gambar Bibir Seksi KilaFairy

KilaFairy Mahu Rakam Album Nyanyian

Tujuan utamanya terjun ke dunia hiburan untuk menjadi penyanyi. Tapi namanya lebih dahulu terserlah dalam lakonan. Sekarang filem Karak lakonannya sedang mendapat tempat di pawagam. Lakonannya juga mendapat pujian penonton.

"Memang Kila mahu merakam lagu sebab nyanyian memang jadi minat Kila sejak kecil. Tapi kami perlu berbincang kerana konsep yang mahu dibentuk oleh KRU belum sesuai dengan diri Kila. Kila ni sejak kecil suka nyanyi lagu Hindi, jadi Kila lebih kepada lagu-lagu pop.

gambar kilafairy menggoda seksi
Gambar Renungan Menggoda Manja KilaFairy

"Tapi sebagai artis, Kila kena ikut juga apa corak muzik yang mahu dibentuk oleh KRU. Mereka juga sedang mencari muzik yang sesuai dengan penampilan dan vokal Kila," katanya yang bernaung di bawah bumbung syarikat KRU itu.

Kila sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran drama Ayu Suraya.

P/s: Penulis tengok bibir KilaFairy memang seksi hot. Memang tidak salah penulis kategorikannya antara bibir artis yang terseksi di Malaysia. Kira macam Angelina Jolie juga bibirnya. Body pun seksa seksi, masakan tidak dok berebut vip-vip kejar KilaFairy buat masa ini. Tengah laku tu..


Kilafairy Digelar Seksi Hot - Tidak Dibayangi Ibunya Rohana Jalil

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kilafairy Digelar Seksi Hot - Tidak Dibayangi Ibunya Rohana Jalil By Mohd Rohaizad. Published: 7.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...