CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Lagu Gerimis Mengundang Difilemkan Cinta Dua Negara Jiran


Tahukah Anda Lagu Gerimis Mengundang Telah Difilemkan Mengenai Cinta Dua Negara Jiran Malaysia dan Indonesia?

Siapa yang tidak tahu lagu Gerimis Mengundang nyanyian berhantu Zamani Slam yang pernah popular suatu ketika dulu. Pasti umum amat mengetahui tidak kira sama ada di Malaysia mahupun di negara jiran, Indonesia. Disebabkan kehangatan lagu Gerimis Mengundang inilah, maka tercetusnya idea agar cerita dari lagu Gerimis Mengundang tersebut difilemkan.

Cantuman kerjasaman dua syarikat produksi tempatan, Excellent Pictures dan ERAMA Creative Sdn Bhd yang mendapat kerjasama syarikat produksi prolifik dari Indonesia, Wanna-B Pictures, dengan itu menerbitkan filem cinta antara dua negara iaitu ‘Gerimis Mengundang’.
 
Menurut kata Presiden Pengarah Wanna-B Music Production,  Naldy Nazar Haroen yang ditemui baru-baru ini di Hotel Legend, Kuala Lumpur, sempena Majlis Pelancaran Filem ‘Gerimis Mengundang’ memberitahu bahawa kerjasama ini diharap boleh menyumbang kepada aspek pemasaran dan mengeratkan hubungan dua hala diantara kedua-dua buah negara jiran serumpun ini.

Gambar Majlis Pelancaran Filem Gerimis Mengundang
 Gambar Majlis Pelancaran Filem Gerimis Mengundang

“Ketika itu, lagu ‘Gerimis Mengundang’ sudah menjadi satu fenomena pada era tahun 90-an sehingga diterjemah kepada 13 bahasa dialek di Indonesia sahaja. Kebiasaannya kita dengar, judul filem itu diambil dari novel ‘best seller’.  Kenapa tidak kita buat filem berdasarkan lagu Gerimis Mengundang kerana lagu ini semua pasti orang ramai tahu tentangnya.

“Justeru itu, saya kira sudah tiba saatnya Malaysia dan Indonesia mengembangkan budaya melalui muzik dan cerita. Lalu, kolaborasi ini dijalankan. Diharap, kerjasama kami ini bisa diikuti oleh penerbit-penerbit lain pada masa kelak untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah terjalin hubungan yang erat ini.”

Filem ‘Gerimis Mengundang’ yang menelan belanja sekitar RM 1.8 juta ini diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Menurut beliau, filem ini adalah satu karya cubaan pertama kolaborasi antara dua negara yang bakal menawan hati penonton.

“Filem ‘Gerimis Mengundang’ yang mengandingkan pelakon Malaysia dan Indonesia di dalam satu naskah yang sama bertujuan untuk memberikan peluang untuk kedua-dua belah pihak mempelajari teknik dan idea dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan menepati citarasa penonton.”

Dalam majlis yang sama,  turut diadakan Majlis Menandatangani MOU antara E-Rama Creative Sdn. Bhd dan Wanna B Music Production serta sesi memperkenalkan barisan pelakon utama bagi filem Gerimis Mengundang tersebut.

Sinopsis Review Filem Gerimis Mengundang

Filem Gerimis Mengundang menampilkan Kamal Adli sebagai pelakon utama bagi filem ini yang akan bergandingan dengan pelakon cantik jelita yang sedang meletup di Indonesia, Olivia Lubis Jensen sebagai heroin.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Duta Besar Indonesia dan Y.Bhg. Datuk Md. Afendi, Pengurus Eksekutif E-Rama Creative Sdn. Bhd. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari Brenda dan Budi yang menyampaikan lagu tema bagi filem Gerimis Mengundang tersebut.

Gerimis Mengundang adalah sebuah filem yang memaparkan naluri cinta dua insan dari dua dunia berbeza yang mengharungi pelbagai cabaran dalam percintaan mereka. Filem Gerimis Mengundang yang menjalani pengambaran di sekitar Sabah dan Jakarta ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Indonesia pada tahun 2012. -Gua.

Tengok Video Lagu Tema Filem Gerimis Mengundang Oleh Kumpulan SLAM





Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Tahniah penulis ucapkan diatas kejayaan Lagu Gerimis Mengundang difilemkan, malah kerjasama kedua-dua negara jiran serumpun Malaysia Indonesia bakal mengeratkan lagi hubungan cinta kedua negara. Rasa-rasa filem Gerimis Mengundang akan meletup tak di Malaysia dan Indonesia? Diharap pengarah kita Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak mengecewakan kita nanti ya? Sama-sama kita nantikan filem Gerimis Mengundang pada tahun 2012.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Lagu Gerimis Mengundang Difilemkan Cinta Dua Negara Jiran By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...