CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Lisa Surihani Besar Kepala Selepas Popular


Betul Ke Lisa Surihani Besar Kepala Selepas Menjadi Popular?

Selain diperkatakan hangat bercinta dengan Yusry Abdul Halim, pelakon jelita ini juga dikaitkan dengan beberapa cerita yang kurang menyenang. Selepas dikatakan tidak mahu memakai pakaian murah untuk penggambaran, Lisa juga dikatakan telah meninggikan suara kepada seorang wartawan hiburan baru-baru.

Kedua-dua insiden ini  seolah-olah menggambarkan Lisa Surihani hari ini bukanlah Lisa Surihani yang sopan dan berbudi-bahasa seperti dahulu. Benarkah dakwaan gosip yang mengatakan Lisa berubah sikap  setelah merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM 23)?

Mengulas tentang isu yang diatas, Lisa Surihani yang ditemui selepas majlis  pratonton filem Sekali Lagi malam kelmarin memberitahu dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita-cerita negatif itu boleh dikaitkan dengan dirinya. Jelas Lisa Surihani yang berusia 25 tahun ini dia masih orang yang sama seperti dahulu katanya.

Gosip Lisa Surihani Nafikan Isu Baju Murah & Tengking Wartawan

“Apabila saya dapat tahu tentang perkara ini, saya agak terkejut kerana ia sama sekali tidak berlaku. Isu baju itu entah macamana boleh timbul. Saya tidak pernah kata yang saya tidak mahu memakai baju murah. Sebagai seorang pelakon saya akan pakai apa sahaja baju yang disediakan. Mereka yang pernah berkerja dengan saya pasti tahu situasi yang sebenar.

Mengenai dakwaan yang mengatakan saya meninggi suara kepada seorang wartawan itu, saya pun tidak tahu bagaimana perkara ini boleh tersebar. Seingat saya, saya tidak pernah berbuat demikian. Seboleh-bolehnya saya mahu menjaga hati pihak media yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini.

Sejujurnya, saya tidak tahu bila insiden itu berlaku. Sekiranya saya ada meninggikan suara tanya disedari, saya memohon maaf kepada mereka yang terbabit. Saya tidak berniat untuk melukakan perasaan sesiapa,” luah Lisa Surihani berterus-terang.

Ditanya adakah dia mengesyaki sesiapa menjadi dalang di sebalik ini, dengan pantas Lisa Surihani menjawab tidak. Jelas Lisa Surihani, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu dan jauh sekali mahu menyalahkan sesiapa mahupun mana-mana pihak.

Gambar Lisa Surihani Seksi Bertudung
 Gambar Lisa Surihani Cantik Bertudung

“Saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak dan saya juga tak mahu fikir ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap saya. Saya telah diajar daripada kecil supaya tidak berfikiran negatif terhadap orang lain. Paling penting, saya tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Harap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peminat yang banyak menyokongnya selama ini. Walaupun ada pelbagai cerita-cerita negatif yang kurang menyenangkan, mereka tetap percayakan saya bukan orang yang macam itu,”tambah Lisa Surihani lagi.

Kepada para peminat Lisa Surihani, jangan lupa menyaksikan filem terbaru lakonannya, Filem Sekali Lagi bermula  30 Jun 2011 ini. Filem ini menyaksikan Lisa Surihani bergandingan dengan Shaheizy  Sam dan Bront Palarae sebagai tunggak utama. -Gua.

Tengok Video Lisa Surihani Seksi Cun Comel Di Webcam






Komen mohdrohaizad.co.cc - Tiba-tiba isu mengenai baju murah dan tengking wartawan membuatkan para peminat tidak sedap hati dengan perubahan Lisa Surihani yang dikatakan semakin besar kepala selepas menjadi popular. Masakan pokok jambu bergoyang dengan sendiri andai tiada angin yang meniupkan kan? Tambah-tambah lagi Lisa Surihani tengah berkasih cinta dengan Yusry KRU, adakah faktor-faktor glamor telah melupakan Lisa Surihani yang dahulu?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Lisa Surihani Besar Kepala Selepas Popular By Mohd Rohaizad. Published: 25.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...