CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Liverpool FC Datang Ke Malaysia (Julai 2011) - Kunjungan 'The Reds'


Betul Ke Liverpool FC Datang Ke Malaysia (Julai 2011) - Kunjungan Sulung 'The Reds'?

Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool FC akan melakukan kunjungan rasmi sulung ke Malaysia ketika Jelajah Asia 2011, bulan depan.

Pasukan yang dikenali sebagai 'The Reds' itu dijangka bertemu peminat mereka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Julai 2011 untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia. 
Liverpool FC You Will Never Walk Alone
Lawatan Sulung Liverpool FC Datang Ke Malaysia

"Ini merupakan lawatan pertama kami ke Malaysia dan kami tahu Liverpool FC mempunyai ramai peminat di sini. Setiap individu dalam pasukan kami sangat teruja untuk datang ke sini," kata pengarah urusannya, Ian Ayre di sini, hari ini.

Beliau yang berada di ibu negara untuk melancarkan jualan tiket perlawanan persahabatan itu berkata, perlawanan pramusim adalah sangat penting kepada pasukannya dan mereka akan menganggap serius perlawanan persahabatan dengan Malaysia.

Liverpool FC Vs Malaysia

Perlawanan Persahabatan Liverpool FC vs Malaysia

"Perlawanan menentang Malaysia akan memainkan peranan besar untuk persediaan kempen 2011/2012. Sesetengah orang berkata perlawanan pra-musim adalah tidak tulen atau tidak terlalu bermakna kepada pasukan besar.

"Di Liverpool FC, kami menganggap perlawanan ini secara serius. Bukan saja kerana ia adalah tempoh penting untuk pemain kami menjadi cergas dan bersedia untuk musim besar tetapi kerana ia merupakan peluang untuk peminat kami bertemu wira-wira mereka," kata Ayre.




Video Klip Peminat Liverpool FC Di Malaysia - Die Hard Fan - You'll Never Walk Alone


Liverpool menamatkan musim 2010/2011 dengan menduduki tangga keenam.

Beliau berkata, hampir suku peminat Liverpool adalah dari dari Asia dan pasukannya teruja untuk kembali menjelajah Asia tahun ini.

Liverpool FC versus Malaysia


The Reds berada di Asia pada tahun 2009 bermain di Singapura dan Thailand.

Selain Malaysia, Liverpool akan berkunjung ke Guangzhou, China dan turut mengadakan perlawanan dengan pasukan Guangdong Sunray Cave pada 13 Julai.

Tiket menentang Malaysia berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 yang boleh ditempah menerusi online di www.ticketpro.com.my sementara Standard Chartered Bank (Malaysia) menawarkan jualan tiket sehingga 9 Jun

P/s: Sudah lama para peminat die hard fan Liverpool FC menantikan saat ini. Kunjungan rasmi Liverpool FC datang ke Malaysia bakal menyaksikan penonton memenuhi gelanggang stadium Malaysia. You will never walk alone.

Kredit Info: Bernama. Betul Ke Shahz Jaszle Terkejut Video Klipnya Berunsur Lucah?

Liverpool FC Datang Ke Malaysia (Julai 2011) - Kunjungan 'The Reds'

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Liverpool FC Datang Ke Malaysia (Julai 2011) - Kunjungan 'The Reds' By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...