CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Liyana Jasmay Hisap Rokok? Pengakuan Berani


Betul Ke Liyana Jasmay Hisap Rokok? Pengakuan Berani Beliau Kepada Para Peminat.

Bertemu dengan pelakon kecil molek, Liyana Jasmay, kami dikejutkan dengan pengakuan beraninya menghisap rokok.

Ternyata pelakon berusia 23 tahun itu mempunyai niat untuk merokok tetapi malangnya gagal kerana apabila menghisap rokok dia terbatuk-batuk dan susah untuk bercakap.

“Saya memang cuba untuk menelan asap rokok yang dihisap tetapi gagal. Bila saya hisap sahaja saya akan terbatuk-batuk dan sukar untuk melontarkan dialog,” kata Liyana jujur kepada media.

Liyana Jasmay Telan Asap Rokok Sampai Terbatuk-batuk

Pastinya bagi peminat-peminat pelakon utama filem Khurafat itu terkejut dengan pengakuan berani Liyana itu. Namun, Liyana hanya merokok bagi menjayakan wataknya di dalam filem pendek berjudul Cinta Akhir arahan Aron Koh.

film cinta akhir
 Gambar Filem Cinta Akhir - Mesej Berhenti Merokok

Filem berdurasi 10 minit itu turut menampilkan lakonan Pierre Andre dan juga penyanyi One In A Million (OIM), Iz Suliani.

Namun, belum lagi ia ditayangkan untuk tatapan orang ramai, filem pendek itu sudah mendapat kritikan hebat.
Ia dikatakan tidak memberikan kesan langsung kepada perokok-perokok malah jalan ceritanya juga tergantung.

Filem Cinta Akhir Sengaja Dibiar Tergantung

Saat diajukan perkara tersebut kepada pengarahnya, Aron, dia mengaku sengaja membiarkan penamat filem itu tergantung. Dia mahu membuatkan penonton berfikir dan membuat andaian sendiri mengenai kesudahan yang terjadi kepada Lisa lakonan Liyana.

Filem Cinta Akhir
Gambar Pengarah Aron Koh, Liyana Jasmay dan Iz

“Sasaran kami menghasilkan filem Cinta Akhir adalah untuk golongan belia. Kempen ini sekadar untuk menyedarkan belia kepada bahayanya rokok bukan bertujuan untuk mendidik,” katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton di Golden Screen Cinema (GSC), Pusat Beli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Aron yang juga pernah mengarahkan filem cereka Seed of Darkness dan beberapa klip video termasuk untuk kumpulan Pop Shuvit bertajuk Marabahaya memberitahu, filem pendek yang mendapat sokongan daripada Dana Belia 1Malaysia dan juga Kementerian Belia dan Sukan itu juga dibuat khas sempena Kempen Anti Merokok (ASAP).

Sinopsis Review Filem Cinta Akhir - Liyana Jasmay

Bercerita mengenai Cinta Akhir, ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Lisa yang merupakan seorang penjual rokok di kelab malam. Lisa juga merupakan seorang perokok tegar. Dia bertemu dengan seorang lelaki pelajar yang merendah diri bernama Bob lakonan Pierre Andre.

Sementara itu, bagi Iz pemilihannya berlakon sebagai penyanyi kelab di mana tempat Lisa menjual rokok merupakan peluang buat dirinya melangkah lebih jauh di dalam bidang lakonan.

Iz yang juga merupakan Duta ASAP itu juga turut menyumbangkan lagu Cinta Akhir untuk filem pendek itu.

“Ini merupakan percubaan pertama Iz menceburkan diri dalam bidang lakonan,” katanya yang bakal mengeluarkan album pertamanya awal tahun depan.

Tengok Filem Pendek Cinta Akhir Secara Online Di Youtube Internet






P/s: Pada pendapat penulis, filem pendek Cinta Akhir lakonan Liyana Jasmay hisap rokok ini ada kurengnya. Dengan bajet sebegitu dengan cerita yang tergantung, adakah mencapai matlamatnya? Jangan ada yang kutuk filem pendek Cinta Akhir ini membazir ja sudah.

Liyana Jasmay Hisap Rokok? Pengakuan Berani.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Liyana Jasmay Hisap Rokok? Pengakuan Berani By Mohd Rohaizad. Published: 11.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...