CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mari Menari 2 (MM2) - Senarai Peserta & Format baru


Mari Menari 2 (MM2)  - Senarai Peserta & Format baru
 
Sebanyak 10 pasangan peserta bakal ditampilkan dalam program realiti Mari Menari 2 (MM2) bakal bersiaran di Astro Ria menerusi episod pengenalan bermula pada 17 Jun 2011 ini, manakala siaran langsung MM2 akan pada bersiaran setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 Jun ini, jam 9 malam di saluran yang sama.
 
Daripada 10 pasangan peserta tersebut, 2 daripadanya adalah pasangan Bibi yang mewakili ibu dan anak lelaki serta pasangan Mizi yang mewakili bapa dan anak perempuan.

Manakala, 8 lagi pasangan yang terpilih adalah Nita, Wan, Razman, Faiz, Nora, Ummi, Azlin dan Sarah. Kelapan-lapan pasangan itu mempunyai talian persaudaraan adik beradik serta suami dan isteri.



Apa yang menarik, kebanyakan 10 pasangan peserta ini rata-ratanya berasal daripada Sabah. Jom ikuti profil ringkas mereka.

Senarai Nama Peserta Program Realiti Mari Menari 2 (MM2):

MM Nita

Kakak
Nama: Norny Yusnita Jening
Umur: 22 Tahun
Pekerjaan: Lepasan STPM

Adik
Nama: Umar Ali Jening
Umur: 20 Tahun
Pekerjaan: Pelajar
SMS: Taip MM NITA atau MM<3/5/10/20>NITA untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 NITA ke 32999
MM20 NITA ke 32999

MM Mizi

Bapa
Nama: Ahmad Tamizi Nordin
Umur: 45 Tahun
Pekerjaan: Tukang Jahit & Pereka

Anak
Nama: Amanina Maisarah Ahmad Tamizi
Umur: 18 Tahun
Pekerjaan: Pembantu Jurujual
SMS: Taip MM MIZI atau MM<3/5/10/20>MIZI untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 MIZI ke 32999
MM20 MIZI ke 32999

MM Wan

Abang
Nama: Mohammat Arziwan Amat
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Artis Budaya

Adik
Nama: Azirah Nabinah Amat
Umur: 18 tahun
Pekerjaan: Pelayan Restoran
SMS: Taip MM Wan atau MM<3/5/10/20>Wan untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 WAN ke 32999
MM20 WAN ke 32999

MM Razman

Suami
Nama: Mohd Razman Ghazali
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Perunding Perkahwinan

Isteri
Nama: Helta Surya Putri Pertama Herman
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Jurusolek
SMS: Taip MM Razman atau MM<3/5/10/20>Razman untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 RAZMAN ke 32999
MM20 RAZMAN ke 32999

MM Faiz

Suami
Nama: Wan Mohd Faidz Wan Husain
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Eksekutif Artistik

Isteri
Nama: Noor Asmah Zainal
Umur: 31 tahun
Pekerjaan: Koordinator Kostum
SMS: Taip MM Faiz atau MM<3/5/10/20>Faiz untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 FAIZ ke 32999
MM20 FAIZ ke 32999

MM Nora

Suami
Nama: Mohd Faizule Abdullah
Umur: 23 tahun
Pekerjaan: Artis budaya

Isteri
Nama: Tengku Puteri Norazilina Tg Aman Shah
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Artis budaya
SMS: Taip MM Nora atau MM<3/5/10/20>Nora untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 NORA ke 32999
MM20 NORA ke 32999

MM Ummi

Adik
Nama: Mohd Hairul Izuan Dahalan
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Penarik kereta

Kakak
Nama: Siti Ummi Nur Faizul Zilla Dahalan
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerani insurans
SMS: Taip MM Ummi atau MM<3/5/10/20>Ummi untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 UMMI ke 32999
MM20 UMMI ke 32999

MM Bibi

Anak
Nama: Azree Zailani
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Penari Sambilan

Ibu
Nama: Bibi Nek Mohamad
Umur: 44 tahun
Pekerjaan: Pembantu klinik
SMS: Taip MM Bibi atau MM<3/5/10/20>Bibi untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 BIBI ke 32999
MM20 BIBI ke 32999

MM Azlin

Suami
Nama: Mohd Hedzer Nadzar
Umur: 28 tahun
Pekerjaan: Mekanik

Isteri
Nama: Siti Akmal Azlin Bakar
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Penyanyi Kelab
SMS: Taip MM Azlin atau MM<3/5/10/20>Azlin untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 AZLIN ke 32999
MM20 AZLIN ke 32999

MM Sarah

Kakak
Nama: Sarah Diana Michele Durai
Umur: 32 tahun
Pekerjaan: Pegawai Pemasaran

Adik
Nama: Shazrul Hudson Ashley Durai
Umur: 18 tahun
Pekerjaan: Pelajar
SMS: Taip MM Sarah atau MM<3/5/10/20>Sarah untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 SARAH ke 32999
MM20 SARAH ke 32999



Format Baru Program Realiti Mari Menari 2 (MM2):

Program realiti tarian Mari Menari (MM) kembali lagi untuk musim kedua. Namun, tidak seperti musim yang pertama, Mari Menari 2 telah menyaksikan perubahan format yang cukup ketara.
 
Menariknya untuk MM2 kali ini ialah pihak penerbitan menampilkan format baru dengan membahagikan 10 pasangan peserta kepada dua kumpulan. Dua kumpulan tersebut akan diterajui oleh dua kapten jurureka tari, iaitu Ray dan Belalang.

Penerbit Eksekutif MM2,Norazian Mohd Zahir menjelaskan, perubahan tersebut ditampilkan sebagai sebuah pendekatan baru dalam usaha mereka untuk menambahkan serta memperkenalkan lagi lagi identiti sesebuah tarian.

"Musim kedua ini berbeza dengan musim lalu. Kali ini kita bahagiakan 10 pasangan kepada dua kumpulan yang akan dijaga oleh kapten jurureka tari, iaitu Ray dan Belalang. Kedua-dua mereka mewakili dua tarian yang berbeza iaitu Ray lebih kepada moden dan Belalang pula tarian nusantara. Tapi, tak bermakna pasangan yang berada dalam kumpulan mereka hanya tertumpu pada dua tarian ini sahaja.

"Kesemua mereka akan tetap diberi tugasan untuk mempersembahkan tarian yang lain-lain. Cuma apabila kita perkenalkan dua kumpulan, ianya lebih mudah kerana mereka sudah mempunyai ketua yang akan menjaga setiap tarian dan perilaku mereka. Sebelum ini pasangan hanya berada di bawah pengawasan penasihat atau pengajar sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan 10 pasangan MM2 yang diadakan di Hotel Istana, semalam.

Bakal bersiaran selama lima minggu berturut-turut, Azian menjelaskan, MM2 juga turut menyaksikan setiap kumpulan akan beraksi dan bersaing pada hari yang berlainan.

"Kalau pada musim pertama, Manal Mari Menari diadakan pada setiap hari Sabtu, manakala Debaran Mari Menari iaitu hari penyingkiran pula diadakan pada hari Ahad, kali ini ia dilakukan dengan berbeza.

"Setiap Sabtu, kumpulan Ray akan beraksi sesama mereka sendiri dan akan ada penyingkiran pada hari tersebut. Begitu juga dengan kumpulan Belalang yang akan beraksi sesama mereka pada hari Ahada.

"Penyingkiran dalam setiap kumpulan ini pada minggu yang seterusnya sehinggalah juara kumpulan Ray akan bertemu dengan juara kumpulan Belalang pada final MM2 nanti," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, MM2 kali ini telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara berbanding MM pada musim lalu. Atas sebab itu, pihak penerbitan yakin program tersebut masih mempunyai impak serta kelompok peminatnya yang tersendiri.

"Penyertaan kali ini lebih meningkat lagi berbanding tahun lalu. Jad, kami yakin program ini semakin diminati oleh khayalak di luar sana. Walaupun mereka bukan selebriti tapi mereka mempunyai keyakinan dan mahu bersama-sama mencuba nasib sebagai penari. Saya rasa MM2 ini lebih bertenaga dan banyak aksi yang akan dipertontonkan kelak," katanya.

Episod pengenalan MM2 akan mula bersiaran pada 17 Jun ini, bermula jam 9 malam di Astro Ria. Manakala Siaran Langsung MM2 pada bersiaran setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria.


P/s: Jangan lupa undi pasangan Mari Menari 2 kegemaran anda nanti ya..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mari Menari 2 (MM2)  - Senarai Peserta & Format baru By Mohd Rohaizad. Published: 3.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...