CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mari Pancing Ikan Artis Malaysia - Hadiah Lumayan Menanti Pemenang


Jom! Mari Kita Pancing Ikan Artis Malaysia - Hadiah Lumayan Menanti Para Pemenang!

Kehangatan Fiesta Memancing 70 Tahun Mastika pada 26 Jun 2011 ini di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur semakin terasa apabila ratusan ekor ikan pelbagai saiz dilepaskan ke dalam tasik itu semalam.

Sebahagian daripada artis yang terlibat dalam aktiviti anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd. itu, iaitu Ali Empire, Nubhan, Afie (Utopia), dan Keena turut bersama-sama pihak penaja dan penganjur melepaskan ikan-ikan tersebut.

Gambar Pancing Ikan Ali XPDC
 Gambar Ali XPDC Melepaskan Ikan Untuk Pertandingan Memancing

Fiesta Memancing 70 Tahun Mastika adalah sebuah acara sambutan ulang tahun majalah No. 1 Malaysia iaitu Mastika dengan menganjurkan acara yang menghimpun pembaca majalah tersebut. Penyertaan yang dikenakan bayaran RM50 itu terbuka kepada semua orang. Juara pertandingan memancing akan menerima wang tunai RM10,000.

Ikan Besar dan Hadiah Lumanyan Menanti Kaki Pancing

Ikan yang sedia ada di dalam tasik itu dijangka lebih besar daripada ikan-ikan yang dilepaskan kerana pihak penjaga tasik itu tidak membenarkan aktiviti memancing sejak tiga tahun lalu. Ikan yang sedia ada membesar dan membiak dengan aman selama ini di kolam.

Artis Malaysia seperti Ajai, Danny (X-Factor), Aeril Zafrel, CD Naz, Fir Affandi, Reza Hasbi, Lia Natalia dan penyanyi baru Ashfizam antara yang sudah mengesahkan menyertai acara memancing kali ini.

Gambar Pancing Ikan Jamu Mak Dara
 Gambar SM Gadaffi Jamu Mak Dara Turut Membuang Ikan Ke Kolam Pancing

Pemancing juga akan dihiburkan oleh persembahan artis tanah air iaitu Roslan Shah, Fazli Zainal, Afie (Utopia), Nubhan, Keena Mentor 3 dan Ali Empire. sebanyak 70 hadiah diberikan kepada pemenang dengan 40 hadiah berupa wang tunai dan 30 hamper dan barangan elektrik. Penganjur juga menyediakan 70 cabutan bertuah kepada yang bernasib baik.

Penyertaan masih dibuka kepada orang ramai. Pada 25 Jun ini peserta boleh datang terus ke Tasik Permaisuri untuk mengutip pas peserta, nombor bertuah serta kemeja-T bagi 500 penyertaan awal.

Gambar Pancing Ikan Artis Malaysia
 Gambar Artis Malaysia Melepaskan Ikan Untuk Dipancing

Sebarang pertanyaan pasal acara itu boleh menghubungi talian  019-3522046, 013-2667011, 013-3052811 dan 012-2846811. Acara itu ditaja oleh Jamu Mak Dara dengan DBKL dan Bank Rakyat selaku rakan strategik manakala Kaki Pancing dilantik sebagai perunding acara.

FMC, Mewah Events, Eurofine Sdn. Bhd., Zeel Productions, Tanah Beris Productions, Tayangan Unggul, Excellent Pictures, Indigital dan lain-lain antara yang turut menaja hadiah kepada pemenang dan barangan untuk cabutan bertuah. -ManggaOnline.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Bagi yang berminat terutamanya kaki pancing bolehlah membuat pendaftaran awal untuk menyertai fiesta pertandingan memancing anjuran Utusan Karya Sdn Bhd sempena majalah Mastika ke-70. Manalah tahu kan kot kot boleh menang nanti? Hadiah yang ditawarkan juga besar kali ini. Apa tunggu lagi? Ayuh! Jom! Mari pancing ikan artis Malaysia, hadiah lumayan menanti pemenang yang bertuah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mari Pancing Ikan Artis Malaysia - Hadiah Lumayan Menanti Pemenang By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...