CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Marsha Londoh Buat Publisiti Murahan?


Betul Ke Marsha Milan Londoh Buat Publisiti Murahan Demi Klip Video BILA?

Baru-baru ini Marsha Londoh teruja untuk menjual lagu baharu serta keghairahan media untuk mengejar skop berita melahirkan satu berita palsu yang tersiar di muka depan disebuah akhbar. Susulan daripada berita propa yang tersebar luas itu, barulah terbit kenyataan sebenar daripada pihak artis Marsha Londoh terbabit, kononnya berita itu hanyalah gimik dan mereka geli hati kerana bahan gimik itu dianggap serius sehingga terpampang di muka depan akhbar.

Bermain nakal dengan status perkahwinan seperti yang dilakukan Marsha Milan Londoh berusia 26 tahun, kononnya sudah berkahwin secara senyap-senyap, Ahad lalu, cukup untuk memberikan satu justifikasi akan kedangkalan akal sesiapapun di antara kita, artis bahkan media sendiri.

Gambar Marsha Londoh Buat Publisiti Murahan
 Gambar Marsha Londoh Seksi Cun

Apabila sudah riuh sekampung, padahnya, barulah pelakon Kum Kum The Series itu memohon maaf bahawa semua itu salah faham dan satu tindakan yang langsung tidak disengajakan.

Marsha Londoh Mohon Maaf

"Semua itu salah faham dan tindakan langsung tidak disengajakan," kata Marsha Londoh bagi menjelaskan kenyataan sebenarnya.

Sambil menafikan kenyataannya sebagai satu tindakan terancang dengan niat untuk mencipta kontroversi. Marsha Londoh mengakui bahawa dia menulis beberapa status di laman sosial Twitter miliknya tentang perkahwinan palsu berkenaan.

Hakikatnya, perkahwinan olok-olok itu hanya babak dalam muzik video lagu baharunya, Bila yang menjalani penggambaran di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada Ahad lalu. Klip video berkenaan mengisahkan Marsha Londoh menjadi seorang pengantin perempuan.

Marsha Londoh Jadi Pengantin Dalam Gimik Majlis Perkahwinan

"Bukan niat saya membuat gimik atau mengatur kejutan buat semua pihak kerana jika difikirkan semula, gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video itu terlebih dulu dimuat naik di laman sosial Facebook.

"Saya menafikan beberapa kenyataan dan dakwaan dalam beberapa blog yang kononnya saya sengaja ingin membuat kejutan tapi ia tidak menjadi," kata Marsha Londoh yang menyifatkan kontroversi itu satu pengajaran buatnya sebagai seorang selebriti.

Temubual Gosip Kontroversi Marsha Londoh

Sensasi Bintang: Ada yang beranggapan tindakan Marsha memain-mainkan media dan itu satu tindakan kurang bijak.

Marsha Londoh: Mulanya perkara itu hanyalah antara saya dengan pengikut di laman Twitter. Memang ada saya menulis tentang perkahwinan tapi saya tak pernah tulis bahawa saya sudah berkahwin dengan sesiapa dan bila. Bila ada pihak media telefon, saya kata semuanya akan dijelaskan dalam satu kenyataan tapi memang saya tak sangka ia akan jadi isu besar.

Jika selepas ini, Marsha Londoh digelar miss gimik atau miss propa, bagaimana?

Saya sudah tidak ambil peduli dengan apa yang orang luar akan fikir pasal saya, sebelum inipun saya sudah dikecam macam-macam.

Marsha Londoh tidak takut hilang kepercayaan peminat atau media selepas ini?

Itulah yang sedang saya fikirkan sekarang. Apa-apapun dan siapapun saya, periuk nasi saya ditentukan juga oleh peminat, kalau tiada peminat susah juga. Begitu juga dengan media. Tapi, saya kena terus pandang ke hadapan, apa yang sudah berlaku tetap berlaku, untuk masa akan datang, saya belum tahu lagi.

Gambar Marsha Londoh Seksi Gimik Murahan
 Gambar Marsha Londoh Cantik Cute Miss Gimik, Miss Propa?

Dengarnya Marsha Londoh sudah berbaik dengan bekas kekasih dan dalam proses untuk menamatkan zaman solo?

Saya masih bujang dan belum berkahwin, hubungan dengan si dia juga okey. Tapi sebab insiden itu, ramai yang bertanya sendiri kepadanya. Fasal kahwin, lambat lagi agaknya, sekarang belum fikir lagi.

Apakah semua ini berlaku kerana keterujaan melampau Marsha Londoh untuk meraih publisiti murahan terhadap lagu baharu itu?

Boleh dikatakan begitulah. Saya tertekan sebenarnya tetapi dalam tertekan begini ada juga hikmahnya, orang semakin ambil tahu apa yang menariknya lagu Bila itu. Pernah sekali, dalam masa sejam sahaja, klip video pembikin lagu itu dilihat oleh 371 pengunjung di Internet.

Siapa orang paling terkejut apabila Marsha Londoh didakwa berkahwin?

Adik-beradik dan keluarga saya. Saya lupa hendak beritahu mereka sebelum berita itu tersiar. Adik saya telefon dan tanyakan kesahihan berita tapi keluarga saya okey, mereka faham dan tak ambil serius soal itu.
Apa pengajaran yang mungkin boleh dijadikan sempadan?

Apa-apapun, saya kena jadi orang lebih banyak berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Kena fikir masak-masak dulu. Kata Marsha Londoh mengakhiri temubual bersama wartawan hiburan. -Kosmo.

Tengok Video Marsha Londoh Seksi Semasa Pembikinan Lagu BILA Di Youtube




Youtube Marsha Londoh Cantik Dalam The Making of Kum Kum The Series OST "Biar" video






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Baguslah Marsha Londoh dah mohon maaf disebabkan didakwa media membuat publisiti murahan dek kerana video klip muzik lagu BILA. Penulis dan para peminat berharap Marsha Londoh lebih berhati-hati lagi pada masa hadapan,. Penulis tengok Marsha Londoh ada masa depan yang cerah dalam industri seni, cuma jangan terlalu over untuk menarik perhatian sedemikian rupa nanti free free saja kena kutuk, kan tidak best nanti Marsha Londoh?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Marsha Londoh Buat Publisiti Murahan? By Mohd Rohaizad. Published: 26.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...