CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Marsha Londoh Sudah Berkahwin Dengan VIP?


Betul Ke Marsha Londoh Sudah Berkahwin Dengan VIP?

Berita gosip terbaru mengenai Marsha Londoh yang tiba-tiba tiada angin mahupun ribut, tiba-tiba penyanyi dan pelakon, Marsha Londoh dikatakan telahpun berkahwin semalam.

Menyedari ramai yang ingin mengetahui status diri Marsha, portal media Malaysia cuba mendapatkan pelakon Kum Kum The Series tersebut. Marsha yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 24 Hari Sebelum Jatuh Cinta, bagaimanapun tetap memberikan kerjasama yang baik bagi menjawab persoalan tersebut.

Marsha Londoh Kahwin VIP
 Gambar Marsha Milan Londoh - Betul Ke Sudah Nikah?

Kata anak kelahiran Sabah itu, biarlah status perkahwinannya itu menjadi tanda tanya memandangkan dia masih belum bersedia untuk tampil menjawab persoalan tersebut.

"Sama ada saya kahwin atau tidak, biarlah rahsia.Kerana saya belum bersedia untuk mengumumkannya lagi. Mungkin dalam masa terdekat kalau semuanya ok, saya akan umumkannya kepada semua," kata Marsha Londoh.

Mengakui memang wujud sebuah perkahwinan berkonsepkan taman semalam, kata pemilik nama sebenar Marsha Milan Londoh ini, majlis berkenaan dilakukan secara tertutup dan santai. Malah konsep taman sememangnya menjadi impiannya sejak dahulu lagi.

"Memang ada perkahwinan semalam dan saya memang menghadirinya. Ianya berkonsepkan taman dan saya juga sukakan konsep sebegitu. Sudah lama saya impikan sebuah perkahwinan yang berkonsepkan sebegini. Setiap wanita pastinya mempunyai impian perkahwinan mereka sendirikan. Tapi untuk mengulas lanjut berilah masa sedikit kepada saya," jelasnya yang begitu ceria sewaktu ditemubual.

Marsha Londoh Nikah VIP
 Gambar Marsha Milan Londoh Cun

Kata pelakon berusia 26 tahun ini lagi, dia memahami kehendak khalayak yang ingin mengetahui perkara tersebut cuma pintanya berilah sedikit masa untuknya memperolehi kekuatan untuk bercerita.

"Jangan risau, sampai masa saya akan beritahu kepada anda semua. Cuma sekarang masih belum masanya lagi kerana ada banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Tunggu sahaja pengumumuman daripada saya nanti," kata Marsha Londoh mengakhiri perbualan.

Gosip Terkini: Kontroversi Marsha Londoh Kahwin Hanya Propa Gimik

Kontroversi gosip penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 26 tahun, (gambar) yang dilaporkan sudah berkahwin pada Ahad lalu secara senyap hanyalah propa gimik yang dilakonkan dalam klip video muzik terbarunya.

Pengurus penyanyi Marsha Londoh iaitu Syada Fiza berkata adegan perkahwinan tersebut dilakonkan dalam klip video muzik lagu terbaru Marsha Londoh berjudul Bila.

"Marsha Londoh memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.

"Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar," katanya ketika dihubungi media, di sini, Rabu.

Sebuah akhbar harian tabloid, Rabu, melaporkan bahawa penyanyi tersebut mengaku sudah berkahwin secara sembunyi pada Ahad lalu.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa Marsha Londoh pelakon drama Kum Kum The Series itu telah melangsungkan perkahwinan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor.

Syada Fiza berkata, klip video tersebut sedang dalam proses pembikinan dan dijangka akan dikeluarkan di YouTube pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pihaknya juga berasa terkejut dan geli hati apabila isu berkenaan dijadikan sebagai kontroversi muka hadapan akhbar berkenaan.

Kata Syada Fiza lagi, perkara itu timbul apabila Marsha Londoh secara bergurau menceritakan hal “perkahwinan” tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini.

"Penggambaran untuk klip video tersebut sudah siap sepenuhnya hanya tinggal proses suntingan terakhir sahaja.

"Kami tak sangka ia menjadi persoalan banyak pihak mengenai kebenaran perkahwinan yang dilaporkan tapi ia sedikit sebanyak membantu kami untuk mempromosikan video klip lagu Bila tersebut," kata Syada Fiza sambil memberitahu Marsha Londoh sedang sibuk di lokasi penggambaran dan tidak dapat menjawab panggilan telefon.

P/s: Jika benar khabar angin atau gosip mengenai Marsha Londoh yang sudah berkahwin dengan VIP, kami peminat ingin mengucapkan TAHNIAH dan semoga hubungan Marsha bersama pasangannya bahagia walaupun tidak diumumkan secara besar-besaran.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Marsha Londoh Sudah Berkahwin Dengan VIP? By Mohd Rohaizad. Published: 20.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...