CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Michelle Yeoh Diharam Masuk Myanmar Sebab Politik


Tahukah Anda Datuk Michelle Yeoh Diharamkan Masuk Ke Negara Myanmar Sebab Politik Iaitu Memberi Sokongan Kepada Aung San Suu Kyi.

Artis Selebriti Popular Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh telah diusir keluar dan disenarai hitamkan atau telah diharamkan masuk oleh negara Myanmar. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Datuk Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar.

"Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Michelle Yeoh terus diusir dan tidak dibenarkan lagi untuk masuk ke negara Myanmar tersebut," kata sumber dalaman itu yang merahsiakan identitinya kepada para wartawan media.

"Pelakon Michelle Yeoh itu sudah disenarai hitamkan di negara ini," kata sumber kedua pula. Walaubagaimanapun, sebab-sebab punca tindakan pihak kerajaan junta Myanmar bertindak sedemikian terhadap pelakon Michelle Yeoh itu tidak dijelaskan.

Gambar Michelle Yeoh Seksi Hot
 Gambar Michelle Yeoh Seksi Hot Di Myanmar Burma

Pada Disember tahun 2010 yang lalu, Michelle Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan negara Myanmar iaitu pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand.

Dalam filem arahan Luc Besson tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Aung San Suu Kyi yang menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun 2011 ini.

Bekas ratu cantik Malaysia itu mula dikenali apabila membintangi filem James Bond pada tahun 1997 dan mencipta nama melalui filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga Memoirs of Geisha. -AFP.

Tengok Video Aksi Datuk Michelle Yeoh Lawan Ziyi Zhang Dalam Kungfu



Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis jangka pihak kerajaan junta Myanmar memang akan mengharamkan sesiapa yang cuba untuk berhubung dengan Aung San Suu Kyi. Kesian Datuk Michelle Yeoh sebab diusir dan diharam masuk ke Myanmar hanya disebabkan lakonannya yang bersifat kontroversi politik bagi pihak junta Myanmar. Penulis turut berharap yang suatu hari nanti Aung San Suu Kyi dibebaskan sepenuhnya dan demokrasi dipulihkan di negara Myanmar.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Michelle Yeoh Diharam Masuk Myanmar Sebab Politik By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...