CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mulan Jameela Lahirkan Anak Luar Nikah Ahmad Dhani?


Betul Ke Penyanyi Indonesia Mulan Jameela Lahirkan Anak Luar Nikah Ahmad Dhani?

Disebabkan gosip kontroversinya melahirkan anak ketiga seperti yang telah tersebar sedikit hari dulu, dengan tidak semena-mena bekas suami Mulan Jameela iaitu Harry Nugraha turut menjadi buruan beberapa wartawan hiburan di Indonesia untuk mendapatkan kepastian berhubung isu Mulan Jameela lahirkan anak haram hasil hubungan Ahmad Dhani.

Walaupun begitu, ketika mewawancara, Harry Nugraha telah pun membuat pengakuan bahawa sememangnya Mulan Jameela telah pun melahirkan anak ketiganya. Bahkan, Harry Nugraha mengetahui siapa ayah kepada bayi tersebut. (Ahmad Dhani)

Mulan Jameela Lahir Anak Haram Ahmad Dhani
Gambar Seksi Mulan Jameela - Didakwa Lahir Anak Ahmad Dhani

Harry Nugraha berkata kepada Tabloid Nova, dia telah bertemu dengan Mulan Jameela berserta dengan bayi perempuannya itu. Menurutnya, bayi perempuan Mulan itu sangat cantik. Namun, dia lupa dengan nama bayi tersebut.

Harry Nugraha Dakwa Mulan Jameela Lahir Anak Haram Hubungan Ahmad Dhani

Yang pasti, Harry Nugraha telah membuat kenyataan rasmi bahawa bayi itu memang merupakan hasil hubungan sulit Mulan Jameela (Gambar) dengan pemilik syarikat pengurusan dan rakaman, Republik Cinta iaitu Ahmad Dhani.

Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan bekas suaminya, Mulan Jameela yang ditemui dalam program Dahsyat pada Isnin lalu, terus senyap serta enggan memberikan apa-apa komen. Malah, dia cepat-cepat masuk ke dalam keretanya. -Murai.


P/s: Penulis tidak pasti sama ada gosip ini benar atau tidak berkenaan Mulan Jameela, penyanyi Indonesia yang popular telah melahirkan anak luar nikah Ahmad Dhani, vokalis kumpulan Dewa 19. Penulis amat meminati lagu-lagu kumpulan dewa semasa di universiti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mulan Jameela Lahirkan Anak Luar Nikah Ahmad Dhani? By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...