CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nabil Ahmad Buka Kedai Kasut Wanita


Betul Ke Nabil Ahmad Maharaja Lawak Akan Buka Perniagaan Kedai Kasut Wanita?

Pelawak terkenal Ahmad Nabil Ahmad, 28 tahun, merancang untuk membuka perniagaan menjual kasut wanita tidak lama lagi menggunakan sebahagian wang kemenangannya pada program Maharaja Lawak, Jumaat lalu.

Menurut Nabil yang mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut, wang sebanyak RM150,000 yang diperoleh tidak akan disia-siakan begitu sahaja dan ia akan menjadi sebagai modal permulaan perniagaan menjual kasut itu nanti.

"Saya dah lama ingin berniaga kasut wanita kerana kasut merupakan barangan wanita yang paling banyak dibeli dan mereka sentiasa mengikut trend masa kini.

"Kebetulan pula, saya dapat tempat ketiga dalam Maharaja lawak, wang tersebut saya gunakan sebagai modal," kata Nabil.

Tambah Nabil lagi, dia akan membeli barangan kasut sarung itu di kedai borong sebagai modal permulaan di Bangkok, Thailand.

Gambar Nabil Buka Kedai Kasut Wanita
 Gambar Nabil Maharaja Lawak Buka Kedai Kasut Wanita

Selain itu, Nabil juga sedang merancang untuk menunaikan umrah bersama ibunya dalam masa terdekat ini menggunakan wang kemenangan tersebut.

Dalam pada itu, bekas teman lelaki pelakon Irma Hasmie ini juga bersyukur kerana sejak menyertai Mahajara Lawak, dia menerima banyak tawaran lakonan.

"Sejak dilanda pelbagai kontroversi, saya akui, tawaran kerja saya semakin kurang. Sebelum ini Nabil membuat kontroversi adegan berpelukan dan berciuman dengan gadis sehingga menjatuhkan nama Nabil sementara sebelum menyertai Maharaja Lawak.

"Bagaimanapun, menyertai Maharaja Lawak telah menaikkan nama saya semula sekali gus pelbagai jenis tawaran lakonan mula mendatang.

"Kerana pertandingan ini juga saya bersyukur dengan apa yang diterima dan akan ke umrah bersama ibu tidak lama lagi," ujar Nabil mengakhiri perbualan dengan wartawan.

Tengok Nabil Maharaja Lawak Kena Bang Bang Bom!!!






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Nabil merupakan peserta Maharaja Lawak yang paling beruntung apabila secara mutlak mengaut RM150,000. Oleh itu, penulis harap Nabil akan menggunakan wang yang dimenangi dengan sebaiknya, jangan lupa derma sedekahlah sedikit duit tu ya Nabil.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nabil Ahmad Buka Kedai Kasut Wanita By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...