CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Najwa Latiff Popular Cinta Muka Buku & Carta Hati Di Youtube


 Betul Ke Najwa Latiff Popular Dengan Lagu Cinta Muka Buku & Carta Hati Di Youtube?

"Si Gadis Youtube" dan "Penyanyi Cover Lagu Orang" merupakan antara gelaran yang diberikan kepada penyanyi cilik yang memiliki suara emas ini. Nama Imratul Najwa Bt Abdul Latiff atau lebih dikenali dengan nama Najwa Latiff semakin mendapat tempat di hati peminat lagu-lagu ‘indie’ melalui laman youtube peribadi Najwa sendiri.

Imratul Najwa Bt Abdul Latiff - Cinta Muka Buku & Carta Hati

Dilayari sebanyak 2,342,351 jumlah lawatan, ternyata lagu ‘Cinta Muka Buku’ dan ‘Carta Hati’ ciptaan gadis berusia 16 tahun ini benar-benar mendapat respon yang sangat memberangsangkan serta mengangkat nama Najwa sekaligus.

Bermula dengan minat yang mendalam dalam bidang muzik sejak kecil lagi, kini gadis muda ini melangkah setapak lagi dengan merakamkan single pertama beliau. Bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd, Najwa merasa bertuah mendapat khidmat produser berpengalaman, Eddie Marzuki selaku penerbit untuk single pertamanya berjudul “Cinta Muka Buku”.

Najwa Latiff Kini Artis Rakaman NAR Records Sdn Bhd

“Sebenarnya Najwa tidak pernah terfikir dapat peluang jadi artis rakaman syarikat yang besar seperti ini. Najwa rasa gembira sangat. Bermula Mac tahun ini, Najwa sudah menjadi artis di bawah syarikat NAR Records Sdn Bhd untuk kontrak selama dua tahun. Peluang ini Najwa akan guna sebaik mungkin.”

Gambar Najwa Latiff Cun
 Gambar Najwa Latiff Cun Comel

“Sebelum memasuki ‘mainstream’,Najwa tahu macam-macam cabaran yang akan Najwa hadapi selepas menjadi artis. Sebelum ini pun sudah banyak kutukan Najwa terima. Tetapi semua itu Najwa akan ambil dengan cara yang positif. Najwa sudah bersedia,”ujar si cilik yang menjadikan Justin Bieber sebagai idola dalam pengubahan lagu-lagu akustik ciptaan Najwa.

Najwa Latiff & Yuna

Tatkala ditanya mungkinkah suatu hari nanti gadis ini bakal mengantikan penyanyi wanita indie popular yang mendendangkan lagu hit,‘Dan Sebenarnya’, Yuna, Najwa menjelaskan kedudukan tersebut seolah-olah tidak layak bagi Najwa.

“Untuk jadi seperti Kak Yuna, Najwa rasa terlalu jauh. Kak Yuna sangat berbakat. Karier Najwa dalam bidang nyanyian masih terlalu awal kalau dibandingkan dengan Kak Yuna. Masih terlalu banyak yang Najwa perlu belajar. Jika diberikan peluang, Najwa mahu membawa konsep Najwa yang tersendiri dan tidak mahu dilabelkan sebagai ‘klon’ Kak Yuna. Harapan Najwa agar muzik yang Najwa bawa ini dapat diterima oleh industri muzik  tempatan,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Saksikan Video Muzik Youtube Najwa Latiff Lagu Cinta Muka Buku & Carta Hati Dibawah





Video Muzik Youtube Najwa Latiff - Lagu Cinta Muka Buku (Facebook Love)




Video Muzik Youtube Najwa Latiff - Lagu Carta Hati

P/s: Bila penulis dengar lagu Najwa Latiff Cinta Muka Buku & Carta Hati di youtube memang best. Anda tidak rasa begitukah?


Najwa Latiff Popular Cinta Muka Buku & Carta Hati Di Youtube

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Najwa Latiff Popular Cinta Muka Buku & Carta Hati Di Youtube By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...